suria

Baru sampai Langkawi nak bercuti dah kecoh, teruja nak bergambar punya hal iPhone jatuh laut... mujur ada geng kaki selam, apa jadi selepas itu memang tak disangka

Fify menunjukkan telefon milik ibunya yang terjatuh ke laut, di Telaga Harbour Park, Langkawi, sebelum dibantu oleh beberapa pemuda.

KETERUJAAN sebuah keluarga yang baru tiba di Pulau Langkawi untuk bercuti bertukar detik cemas apabila berdepan dengan insiden yang tidak disangka-sangka.

"Baru sampai Langkawi. Berhenti bergambar kat Telaga Harbour Park, sekali handphone jatuh masuk laut...," tulis seorang wanita menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok.

Bagaikan misi pencarian di dasar laut, beberapa individu termasuk ada yang menyelam berusaha untuk mendapatkan telefon pintar yang terjatuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Sorry, tak minat donat! Gadis panik monyet larikan beg tangan ketika berkelah, sedar-sedar duit jatuh dari pokok

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa handphone tercicir atas jalan, tindakan dan idea bernas dua beradik ini demi mencari pemiliknya 'menjadi' - "Bimbang ada yang ambil kesempatan"

Berkongsi pengalaman, wanita itu, Fify Lutfida Zaidi berkata, kejadian berlaku pada pagi Rabu pada hari pertama percutian empat hari dan tiga malam bersama keluarga di Langkawi.

Dia yang berusia 33 tahun itu memberitahu, mereka singgah ke Telaga Harbour Park, sebuah marina kapal layar untuk menikmati pemandangan laut.

"Sebelum itu kami singgah ke tempat lain dan sarapan. Lepas tu baru ke Telaga Harbour Park untuk bergambar. Pemandangan di situ sangat cantik, dengan angin kuat.

"Saya excited nak bergambar selfie. Masa tengah berkumpul ramai-ramai untuk bergambar di tepi jeti, ada yang jerit kata ada bunyi jatuh," katanya kepada mStar.

phone jatuh laut 1

Gambar keluarga sejurus selepas kejadian telefon terjatuh.

Lebih mesra disapa Fify, keadaan bertukar kecoh apabila telefon pintar milik ibunya terjatuh ke laut ketika bersiap sedia bergambar bersama keluarga.

"Waktu itu ibu pegang phone. Adik perempuan pula nak angkat tangan tertepis tangan ibu masa buat tanda peace. Masa itulah ibu terlepas phone yang dipegangnya.

"Ibu nampak cool, katanya benda dah jatuh nak buat macam mana. Cuma adik yang panik dan rasa serba salah walaupun keadaan berlaku secara tak sengaja," ujarnya sambil menambah keluarganya datang bercuti ke Langkawi dari Klang, Selangor.

phone jatuh laut 3

Fify merakamkan kenangan di Telaga Harbour Park.

Tidak berhenti berharap, menurut anak sulung dari tiga beradik itu, ibunya meminta bapanya bertanyakan kepada beberapa pemuda yang merupakan pekerja di kawasan marina itu.

"Ibu suruh ayah tolong tanyakan pada abang-abang kat situ. Mula-mula mereka guna sampan, tengok kat bahagian tepi jeti, tapi kata mereka kena selam ni.

Rezeki ibu sebab phone masih boleh pakai. Terima kasih abang-abang tu sebab sudi tolong. Mereka ada kat sana pada waktu tepat

FIFY LUTFIDA ZAIDI

"Masa mereka cari tu, hujan dah rintik-rintik. Kami sekeluarga berteduh dekat bangunan berhampiran," katanya namun tidak pasti kedalaman dasar laut di situ.

Fify yang bekerja di sebuah syarikat penapis air berkata, misi pencarian diteruskan dengan dua daripada pemuda berkenaan menyelam selepas cuaca kembali reda.

phone jatuh laut 5Se

Telefon masih dalam keadaan baik selepas diambil dari dalam laut.

"Mereka tanya kat mana lokasi phone jatuh, bila ditunjuk sekejap je tak sampai lima minit dah jumpa. Dari insiden telefon jatuh dengan menunggu sebab hujan ambil masa sejam untuk dapatkan semula telefon ibu.

"Abang yang menggunakan alat menyelam tu siap tunjuk telefon ibu dengan cover warna kuning. Elok je phone tu dalam keadaan on, ingatkan mati.

"Alhamdulillah phone tu elok, cuma ada masalah masa nak mengecas. Ibu gunakan pengering rambut untuk keringkan phone tu," ujarnya.

phone jatuh laut 2

Fify (tengah, belakang) bersama keluarga ketika bercuti di Langkawi.

Menurut Fify, terdapat upah untuk anak-anak muda itu menyelam bagi mendapatkan semula telefon iPhone yang dibeli ibunya berharga kira-kira RM6,000.

"Ayah bayar lebih sebab hargai kesanggupan mereka untuk menyelam. Ibu kata phone tu boleh beli lain cuma sayang dengan sim card, tapi rezeki ibu sebab phone masih boleh pakai.

"Adik yang terus diam sebab rasa bersalah dah tersenyum. Terima kasih abang-abang tu sebab sudi tolong. Mereka ada kat sana pada waktu tepat," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain