suria

Ramai teruja tengok wanita ‘test’ kedalaman ‘Blue Pool’, sempat bersantai pula di dasar - “Perkara asas kena tahu berenang”

Aksi Natika ketika menyelam di 'Bluepool' membuatkan ramai kagum.

BAGI pencinta alam semula jadi, aktiviti mendaki gunung (hiking) dan kunjungan ke lokasi air terjun ibarat perkara yang wajib untuk dilakukan.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, aksi seorang wanita yang selamba terjun ke dalam 'pool' yang jernih malah sempat 'bersantai' beberapa saat di bahagian dasarnya benar-benar membuatkan netizen teruja dengan kemahirannya.

"Tenggelam aku boleh, tapi untuk timbul aku tak janji.

"Kalau aku, tak timbul-timbul sampai bomba buat operasi pencarian mangsa lemas," demikian antara komen netizen pada perkongsian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Video ‘port baik’ air terjun raih jutaan views gara-gara lubang menyelam, siapa nak pergi sila buat persediaan stamina bimbang ‘mental koyak’

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan asyik ajak join mandi-manda, pemuda ini ‘buat hal’ terus terjun sungai pakai helmet... beg pun tak tanggal - “Momen penting masa bujang”

Sehingga kini video berkenaan meraih sehingga 427,600 jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Natika Sidek berkata lokasi berkenaan iaitu Lata Payung, Setiu, Terengganu sememangnya terkenal dengan kejernihan dan kecantikan air kolamnya.

"Tempat tersebut lebih dikenali sebagai 'Blue Pool'. Ketika itu saya dan suami bersama kumpulan hikers mendaki Gunung Sarut. Blue Pool ni terletak kira-kira 30 minit dari kaki gunung.

"Kami singgah ketika dalam perjalanan selepas turun dari gunung. Kebiasaannya mereka yang hiking ni gemar mencari dan meneroka keindahan air terjun. Begitu juga dengan kami yang tidak melepaskan peluang untuk merasai kesejukan airnya.

"Bagi mereka yang suka berendam, terjun atau mandi sungai atau air terjun, perkara asas kena tahu adalah berenang. Macam aksi tersebut, tak boleh suka-suka buat sebaliknya perlulah tahu berenang.

bluepool baru 1

Ika (duduk, kiri) ketika bersama rakan-rakan hikers menawan puncak Gunung Berembun.

"Lebih-lebih lagi jika kedalamannya melebihi empat meter seperti Blue Pool," kata wanita berusia 27 tahun ini.

Senang disapa sebagai Ika, wanita ini berkata teknik yang digunakan hanyalah lebih kepada kawalan pernafasan.

"Perkara yang paling susah nak dilakukan sebenarnya masa nak cecah ke dasar. Tekniknya adalah mengawal pernafasan. Sebelum sepenuh badan tenggelam, kena tarik nafas dan serentak sewaktu turun kena lepas sikit demi sikit.

"Untuk naik ke permukaan pula, tolakkan sahaja kaki kita dan bantu dengan pergerakan tangan seolah-olah sedang terbang. Ramai yang cakap nampak smooth saja.

Aksi tersebut tak boleh suka-suka buat sebaliknya perlulah tahu berenang.

NATIKA SIDEK

"Mungkin sebab saya dah terbiasa berenang. Pokok pangkalnya kena ada asas berenang dan dalam masa sama, jangan panik atau gelabah bila dalam air," ujarnya yang berasal dari Kuala Berang.

Menurut Ika, dia sudah lima tahun 'terjebak' dengan hobi mendaki gunung malah jodohnya juga dipertemukan dengan kaki hiking.

"Suami saya ada grup 'guide' untuk aktiviti hiking. Jadi secara tak langsung selalu ikut suami hiking malah ada gunung yang kami banyak kali 'repeat' contohnya ke Gunung Chemerong, Berembun, Langsir (CBL) di Hulu Terengganu.

"Hikers tegar memang akan daki CBL. Di gunung tersebut ada air terjun yang sangat cantik dan lain dari yang lain sebab ada lubang. Ramai hikers yang tak melepaskan peluang terjun dalam lubang tu," ujarnya lagi.

bluepool baru 2

Ika bertemu jodoh dengan seorang kaki hiking.

Di kala ketika ini ramai yang berpusu-pusu beriadah ke kawasan air terjun, Ika dalam waktu yang sama menitipkan nasihat kepada orang ramai agar menjaga keselamatan dan juga kebersihan di lokasi yang dikunjungi.

"Kami hikers biasa ada leader yang akan pastikan sampah dikutip sebelum bergerak pulang. Jadi mereka yang berkunjung ke mana-mana air terjun atau sungai, bawalah pulang sampah masing-masing. Peliharalah alam untuk kebaikan bersama.

"Lagi satu, elakkan dulu ke kawasan ini terutama di Pantai Timur kerana sekarang musim hujan. Bimbang ada kejadian yang tak diingini seperti kepala air dan sebagainya," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain