suria

Umur aunty ni hampir 50 tahun tapi cun macam ‘kakak-kakak’, anak tak tercabar malah dedah rahsia ibu awet muda - “Ayah tak cemburu pun...”

Wajah jelita dan awet muda ibu kepada gadis ini mengundang perhatian netizen.

"YA Allah aunty, insecure saya yang muda ni."

Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap video yang memaparkan kejelitaan dua beranak sebagaimana perkongsian di aplikasi TikTok.

Namun wajah si ibu yang awet muda dan kelihatan seperti kakak kepada gadis berkenaan lebih mencuri perhatian netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Wah! Ibu disangka awek, remaja terkejut video TikTok raih sejuta tontonan kurang 24 jam – “Ada yang DM nak jadi menantu”

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beranak ini sama-sama jelita... tapi si ibu lebih ‘laju’ dapat info dirinya jadi perhatian - “Mak saya tahu bukan dari saya”

Sehingga kini video berkenaan meraih 219,000 jumlah tontonan di aplikasi tersebut.

Menurut Nurain Afiqah Aris, dia sekadar berkongsi video berkenaan secara suka-suka namun tidak menjangka dengan reaksi dan komen netizen yang rata-ratanya memuji wajah jelita ibunya, Zalina Md Zin.

Dedah gadis berusia 20 tahun ini, ibu kesayangannya bakal mencecah usia 50 tahun dalam tempoh dua tahun lagi.

"Sebenarnya ini video kedua ibu yang saya muat naik di TikTok sebab saya jarang-jarang sekali berkongsi dengan followers. Mula-mula tak banyak view pun, tapi keesokannya terkejut bila notification masuk menderu-deru.

"Lebih tak sangka bila tengok komen-komen yang puji ibu lebih cantik dari anak. Saya tak kisah dan rasa tercabar pun... malah saya sebagai anak turut berbangga," kata penuntut Diploma Perakaunan di Politeknik di Melaka ini.

Senang disapa sebagai Afiqah, anak ketiga daripada empat adik beradik ini juga berkata ibunya berdarah Melayu tulen dan tidak mempunyai darah kacukan.

"Cuma ibu sangat menitikberatkan penjagaan kulit wajah dan tubuh badan. Ibu seperti wanita lain juga, dia ada produk yang dia setia guna.

ibu cantik 1

Afiqah mendedahkan ibunya yang hampir menginjak usia 50 tahun tidak lama lagi amat menitikberatkan penjagaan wajah dan tubuh badan.

"Apa yang paling penting, ibu memang seorang yang suka minum air putih dalam kuantiti yang banyak. Bagus untuk kulit katanya. Dan amalan itu diperturunkan kepada saya yang merupakan satu-satu anak perempuan tunggal.

"Kalau nak tahu, dulu berat ibu 60 kilogram lebih tapi sekarang dah 50 kilogram lebih. Mungkin sebab itu juga dia nampak macam kakak-kakak saja.

"Pernah je kalau dekat luar, orang selalu keliru ingatkan kami adik beradik. Kalau saya buat live di TikTok, mesti ramai followers yang tanya 'mana ibu' selepas video tu viral," katanya lagi.

Siap ada yang kirim salam dan macam-macam komen lain. Ayah tak cemburu pun... dia jenis sempoi.

NURAIN AFIQAH ARIS

Menurut Afiqah, ibunya berasa segan selepas video berkenaan menjadi tular lebih-lebih lagi apabila membaca komen-komen yang dilontarkan netizen.

"Ibu tak ada TikTok... saya yang tunjukkan komen-komen itu kepadanya. Dia senyum saja tapi berasa segan. Siap ada yang kirim salam dan macam-macam komen lain. Ayah tak cemburu pun... dia jenis sempoi.

"Tapi sebenarnya, sebelum saya post video atau gambar ibu, saya akan tanya kebenarannya dulu," ujarnya lagi.

komen ibu cantik

Antara komen netizen pada perkongsian video Afiqah.

Bercakap mengenai perwatakan ibunya, Afiqah berkata wanita itu merupakan seorang yang tegas namun sangat 'sporting' dengan anak-anak.

"Saya memang sangat rapat dengan ibu lebih-lebih lagi saya satu-satunya anak perempuan daripada empat beradik. Semua masalah atau apa saja perkara, saya akan share dan minta nasihat ibu.

"Kepada mereka yang puji ibu dan komen positif, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain