suria

Ringkas dan sweet! Empat beradik ajak mak ayah main Explorace sebelum serah hadiah kejutan anniversary - “Mereka pelik tapi tetap ikut nota arahan”

Mohamad Aiman (kanan) bersama adik beradiknya melakukan kejutan ketika meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan ibu bapa mereka baru-baru ini.

SUDAH menjadi kebiasaan apabila tiba tarikh ulang tahun hari jadi atau perkahwinan, rata-ratanya memilih untuk meraikannya dengan mengadakan majlis kesyukuran, bercuti atau menjamu selera di restoran.

Namun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu sedikit sebanyak menjadi kekangan untuk berbuat demikian.

Walaupun begitu, ia tidak menjadi penghalang buat empat beradik ini meraikan ulang tahun perkahwinan ibu bapa mereka dalam suasana yang berbeza daripada kebiasaan rutin tahun-tahun sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih tema PKP sambut birthday bapa, siap props PM dan Dr Noor Hisham... nasib tak kantoi! - “Ayah hairan adik pakai baju rider FoodPanda”

ARTIKEL BERKAITAN: Dek kerana PKP, 'kawasan selamat' dekat rumah jadi studio OOTD... punya kreatif sampaikan ada minta idea baju dating pertama!

Menerusi video yang dikongsi di aplikasi TikTok, empat beradik ini mencipta kejutan buat ibu bapa mereka dengan menggunakan konsep ala-ala 'Explorace'!

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 111,000 jumlah tontonan di aplikasi berkenaan.

Menurut Mohamad Aiman Hakimi Suhaimi, idea untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ibu dan bapanya yang ke-27 timbul secara spontan selepas hadiah yang ditempah untuk mereka baru tiba di rumah.

"Sebenarnya anniversary mereka dah lepas pada 4 Jun lalu... masa tu kami buat makan-makan keluarga je. Nak dijadikan cerita, bingkai gambar yang ditempah istimewa oleh kakak untuk dijadikan hadiah buat ibu dan ayah sampai baru-baru ni.

"Terus timbul idea nak buat kejutan untuk sampaikan hadiah tu. Bincang punya bincang, kami sepakat nak buat ala-ala game Explorace. Semuanya dirancang rapi dalam masa dua jam sahaja sebelum ibu dan ayah balik kerja," cerita pemuda berusia 20 tahun ini.

Menurut Mohamad Aiman, kesemua adik beradiknya diberikan peranan masing-masing untuk menjayakan misi kejutan tersebut.

explorace 2

Sambutan hari lahir yang turut diadakan dalam suasana PKP sebelum ini.

"Sebenarnya nak suruh ibu dan ayah pakai cantik-cantik tapi nanti mereka syak pula. Selepas sampai rumah, saya tengok ibu tukar pakai baju kelawar je tapi biar jelah.

"Sementara saya tampal nota-nota dekat luar rumah, kakak dan dua adik main peranan. Seorang control ayah, seorang control ibu dan seorang lagi control pintu.

"Bila dah siap setting, kami ajak mak ayah pergi dapur dulu buat cekodok untuk minum petang dan barulah pura-pura ajak pergi ke luar rumah untuk buat kejutan berkenaan.

explorace 3

Mohamad Aiman dan adik beradiknya meluangkan banyak masa melakukan aktiviti bersama kedua ibu bapa, antaranya solat berjemaah.

"Mula-mula mereka macam pelik tapi tetap follow je nota-nota arahan yang ditampal sampailah habis. Nampak jelas muka mereka terharu bila dapat hadiah frame gambar tu sebab kami setting tiga kamera telefon bimbit yang disorok dekat 'check point' terakhir," ujar anak kedua daripada empat adik beradik ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bercerita lebih lanjut, Mohamad Aiman berkata meskipun sambutan tersebut ternyata berbeza daripada sebelumnya, namun ia sangat bermakna kerana keluarganya dapat berkumpul bersama-sama.

"Setiap tahun kami raikan anniversary ibu dan ayah sama ada makan-makan dengan saudara mara atau menjamu selera dekat luar. Tapi kerana PKP tahun ini, tak dapat sambut macam sebelumnya.

Nampak jelas muka mereka terharu bila dapat hadiah frame gambar tu sebab kami setting tiga kamera telefon bimbit yang disorok dekat 'check point' terakhir.

MOHAMAD AIMAN HAKIMI SUHAIMI

"Namun ia sangat bermakna sebab kami adik beradik dapat meraikan bersama-sama sebab dah beberapa bulan pulang ke rumah kerana PKP. Sebelum ini masing-masing duduk berjauhan sama ada di kolej ataupun asrama.

"Ibu dan ayah memang seronok anak-anak mereka ada dekat rumah... kalau sebelum ini mereka berdua je tapi sekarang meriah. Dari satu segi, PKP memberi banyak hikmah. Kami dapat luangkan masa dengan ibu ayah dan melakukan aktiviti sama-sama... terutamanya solat berjemaah," ujar siswa semester dua jurusan Al-Quran dan Sunnah dari Usim ini.

Tidak menyangka perkongsiannya tular, Mohamad Aiman berkata dia terharu apabila kesemuanya memberikan komen positif terhadap perkongsian video tersebut.

"Ramai yang kata nak buat kejutan seperti yang kami lakukan terhadap ibu bapa mereka pula.

explorace 1

Foto kenangan keluarga Mohamad Aiman ketika sambutan Aidilfitri.

"Untuk kawan-kawan di luar sana, ambillah peluang yang ada untuk hargai ibu bapa masing-masing. Terpulang kepada cara masing-masing sama ada nak bagi hadiah, wang atau sebagainya.

"Kalau tak mampu nak sambut atau beri hadiah, berikanlah kata-kata ucapan tanda ingatan. Yang penting sekali adalah doa tak kisah sama ada ibu bapa masih ada atau telah pergi," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain