suria

Dek kerana PKP, 'kawasan selamat' dekat rumah jadi studio OOTD... punya kreatif sampaikan ada minta idea baju dating pertama!

Menerusi aplikasi TikTok, Nina turut menerima pelbagai soalan dan permintaan netizen berkaitan fesyen.

SUKA melaram sejak kecil, malah minat itu terbawa-bawa sehingga dewasa.

Menurut Nina Zulkafli, fesyen bagaikan sudah sebati dengan dirinya sejak dulu lagi.

Atas kecintaan yang mendalam itu, dia yang juga seorang model sambilan sering berkongsi video mengenai fesyen di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini ‘cool’ dituduh berfesyen ikut trend artis, dah lama berpurdah sebelum Neelofa

ARTIKEL BERKAITAN: Umur boleh tua, jiwa harus muda! Atuk stylo umur 77 tahun popular selepas OOTD depan rumah, cucu kongsi cabaran nak ajar posing

Lebih membanggakan, ramai kaum hawa di luar sana turut menjadikannya sebagai rujukan dan inspirasi dalam berfesyen.

"Sebenarnya sudah lama saya suka berkongsi mengenai fesyen yang saya gayakan. Bermula di Instagram, kini saya aktif kongsi di TikTok pula.

"Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya pun tak boleh keluar bergambar. Jadi saya selalu rakam video fesyen di lot parking kawasan rumah.

"Kawasan itu je yang selamat. Selalunya saya akan buat video di kawasan parking tu ketika tiada orang," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Nina, dia turut menerima pelbagai soalan dan permintaan netizen berkaitan fesyen.

"Saya terkejut bila ramai yang minta saya share mengenai pakaian bersesuaian mengikut majlis dan situasi.

"Ada yang minta saya tunjuk baju untuk keluar dating pertama kali dan macam-macam permintaan lain. Jadi saya cuba beri idea dan gayakan pakaian yang bersesuaian mengikut situasi.

Nina kini turut menjalankan perniagaan berkaitan fesyen.

"Kadang-kadang kaum hawa ni bukan tiada baju, cuma tak tahu nak gayakan macam mana. Jadi selepas mereka tengok video saya, harapnya mereka dapat ilham.

Kalau asyik nak dengar kata orang saja, susahhlah nak grow.

NINA

"Saya pun rasa gembira sebab boleh bantu kaum hawa di luar sana," ujarnya yang menetap di Ipoh, Perak.

Menurut Nina, tidak semestinya pakaian yang mahal sahaja akan kelihatan cantik dan bergaya, namun ia bergantung kepada kreativiti si pemakai.

Malah katanya, setiap individu bebas bergaya mengikut kemahuan sendiri, asalkan tahu batas-batasnya.

"Pada saya, pakai apa saja yang anda rasa selesa. Kena pandai mix and match. Contohnya kalau kita bertudung, baju lengan pendek boleh digayakan dengan inner atau cardigan.

"Baju saya pun tak semuanya berjenama. Kalau cantik, saya akan beli. Saya juga ada kongsi video mengenai seluar bundle.

"Tak kisah mahal atau murah. Kita juga tak perlu risau dengan kata-kata orang. Buat saja apa yang kita rasa betul jika ia memberi kegembiraan kepada kita.

Penampilan Nina menjadi perhatian pengikutnya di TikTok dan Instagram.

"Dalam hidup ini, semua benda akan ada orang suka dan tak suka. Kalau asyik nak dengar kata orang saja, susahhlah nak grow, " ujarnya lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mengenai dirinya, Nina akui kerjayanya sebagai model sambilan terkesan sejak pandemik Covid-19 melanda.

Namun, dia sejak awal tahun ini mengubah minat dan hobi sebagai sumber pendapatan apabila mula menjalankan perniagaan berkaitan pakaian.

Akhir kata, Nina turut menzahirkan terima kasih kepada netizen yang sentiasa menyokong video berkaitan fesyen yang dihasilkannya.

"Terima kasih atas sokongan, sudi jadikan video saya sebagai inspirasi.

"Kepada kaum hawa yang nak berfesyen, pakai apa saja yang anda suka. Jangan takut, yang penting kena kreatif," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain