suria

Terpikat dengan calon SPM, 2 kali cubaan nak berkenalan ditolak... lelaki ini akhirnya dapat juga nikahi ‘gadis hidang air’ - “Tak kisah, ibu pun kahwin muda”

Berkahwin pada usia muda tidak menjadi penghalang untuk Sofia meneruskan pengajiannya.

PEPATAH Melayu ada menyebut tak kenal maka tak cinta, tapi bila dah kenal barulah terbit perasaan sukakan seseorang.

Sudah menjadi kebiasaan anak-anak gadis perlu menolong ibu di dapur apabila tetamu datang ke rumah, namun bagi wanita muda ini dia tidak menyangka amalan itu membawa kepada detik perkenalannya dengan seorang lelaki yang kini telah bergelar suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM puas dapat conteng barang, nasib baik cantik! Kasut Nike Air Force 1, keyboard pernah jadi ‘mangsa’ tangan seninya

Sharifah Sofiatul Balqis Engku Hassan, 20, berkongsi video pengalaman manis itu menerusi akaun TikTok miliknya sehingga meraih 1.9 juta tontonan dalam masa sehari.

Berasal dari Ulu Terengganu, dia yang lebih mesra dipanggil Sofia tidak menyangka video tersebut akan mendapat sambutan malah niatnya hanya untuk berkongsi dan menjawab pertanyaan pengikut di Instagram.



Sofia mengakui Irfan tidak pernah putus asa untuk mengenali dirinya sebelum berkahwin.

“Kali pertama suami saya datang rumah pada tahun 2018, waktu tu adik lelaki saya baru lahir. Saya tak perasan pada awalnya, ibu yang cerita balik pada saya ada seorang lelaki memerhati saya waktu tengah hidangkan air.

“Selepas beberapa minggu habis SPM, ayah dia cakap pada ayah saya yang anak lelaki dia nak berkenalan tapi saya tolak dengan baik," katanya kepada mStar.

Tidak pernah kenal erti putus asa, dua tahun selepas itu Engku Ahmad Irfan Engku Ahmad Zaki, 26, mencuba sekali lagi untuk berkenalan dengan Sofia dengan cara meminta izin daripada ibunya untuk mengenali dirinya dengan lebih rapat, namun jawapannya masih sama.

Cerita Sofia lagi, berkat kesungguhan pemuda yang juga berasal dari Ulu Terengganu itu, dia akhirnya membuka hati untuk menerimanya sebagai suami dan mereka kemudiannya bertunang pada September 2020.

“Bulan Jun tahun lepas kami mula berkenalan, ada la mesej sikit-sikit, tapi kami tak pernah keluar bersama. Kami buat keputusan untuk bertunang dan kenal dengan lebih mendalam.

“Pada awalnya saya tak yakin untuk kahwin pada usia muda, tapi bila dia cakap dia tak akan ganggu pelajaran dan akan support untuk saya belajar itu yang membuatkan saya lebih percaya dan yakin," katanya.



Pernah ditolak dua kali namun akhirnya Irfan berjaya menambat hati Sofia

Melangsungkan pernikahan pada Mei lalu dengan sekali lafaz, Sofia dan Irfan sudah menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Walaupun rata-rata suka melihat Sofia berkahwin pada usia muda, namun ada segelintir pengguna media sosial yang mempersoalkan statusnya yang sudah berkahwin di ruangan komen.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Ada yang tanya, kenapa kahwin dulu kenapa tak habiskan belajar. Saya tak kisah sebab ibu saya pun kahwin masa umur 20 tahun juga.

“Sekarang saya tengok ibu pun berjaya, jadi saya rasa itu bukan penghalang buat saya," katanya.

Dengan memperoleh keputusan cemerlang SPM 7A 4B pada tahun 2018, Sofia yakin untuk meneruskan pendidikan ke peringkat A-Level walaupun sudah bergelar isteri.

Tambah Sofia sebelum ini suaminya bekerja dalam bidang kejuruteraan perubatan di Kuala Lumpur, tetapi mereka mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan kosmetik secara online bersama-sama.

Video yang tular itu, menimbulkan pelbagai reaksi dan ada juga yang menganggap tolong ibu hidangkan air pada tetamu sebagai langkah awal untuk bertemu jodoh.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain