suria

Boleh percaya ke? Netizen dakwa ada ‘cara’ dalam MySejahtera untuk cepat dapat tarikh suntik vaksin - “Lepas 4 jam terus dapat”

Ada individu mendakwa terus menerima tarikh temujanji suntkan vaksin selepas menulis kepada helpdesk aplikasi MySejahtera.

PENANTIAN satu penyeksaan!

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai rakyat negara ini yang bersabar menunggu panggilan selepas mendaftar untuk suntikan vaksin Covid-19 sejak awal tahun lalu.

Masih ramai dalam kalangan mereka belum menerima dos pertama, malah belum menerima sebarang notifikasi mengenai tarikh temujanji untuk suntikan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu persoal kenapa anak rakam journey disuntik vaksin Covid-19, siapa sangka video usikan di TikTok raih hampir 100, 000 tontonan

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba buat cerita palsu kematian akibat suntik vaksin, ramai desak Mak Teh munculkan diri!

Menerusi laman Instagram limabelasminit, pengendali laman sosial itu pada Sabtu malam berkongsi kaedah yang didakwa dapat mempercepatkan panggilan temujanji untuk suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera selepas 'tip' itu dikongsi oleh salah seorang pengikutnya.

"Kena buat macam ni baru dapat vaksin!!! Lepas empat jam terus dapat tarikh dalam MySejahtera. Terima kasih kepada follower @limabelasminit yang bagi tips ini," tulis admin akaun tersebut kepada 124,000 pengikut mereka.

Malah pengendali laman itu sendiri mendakwa telah mencuba kaedah tersebut dan berjaya mendapat tarikh temujanji.

Menurut info yang dikongsi, seseorang itu perlu membuka aplikasi MySejahtera dan pergi ke bahagian 'helpdesk' sebelum memaklumkan isu yang dihadapi mereka.

"Tarikh register vaksin xx/2/2021 tapi belum dapat tarikh temujanji vaksin sehingga hari ni 2/7/2021," tulis ayat dalam paparan skrin yang dikongsi.

Kaedah yang dikongsi oleh seorang individu yang didakwa mempercepatkan temujanji vaksin.

Menurut individu yang berkongsi kaedah itu, dia mendakwa terus menerima tarikh temujanji vaksin selepas empat jam berbuat demikian.

Tak ada maknanya. Dah lama dah buat trick ni. Tapi haram sampai sudah tiada date vaksin pun.

NETIZEN

Dalam pada itu, beberapa netizen di ruangan komen turut mencuba kaedah berkenaan dan mendakwa menerima keputusan yang cukup mengujakan hati setelah sekian lama menunggu.

"Berjaya buat juga tadi. Terus dapat tarikh temujanji.

"Terima kasih admin. Tak sangka menjadi. Lima minit je buat terus dapat temujanji vaksin kat Bukit Jalil," demikian antara dakwaan netizen.

Ada dalam kalangan kita yang sudah lama mendaftar, namun belum menerima sebarang temujanji vaksin.

Namun, ada juga yang mendakwa kaedah itu sebenarnya tidak berkesan untuk mempercepatkan temujanji vaksin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tak ada maknanya. Dah lama dah buat trick ni. Tapi haram sampai sudah tiada date vaksin pun," tulis seorang lagi netizen di ruangan komen.

Rasanya tak salah kalau nak mencuba. Jika ada mana-mana pembaca mStar yang dah cuba kaedah ini, mungkin boleh kongsikan pengalaman anda dengan kami.

Sama-sama kita berdoa agar proses vaksinasi di negara ini segera mencapai imuniti kelompok dan berjalan lancar.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain