suria

Tawakal! Rela korbankan simpanan lebih RM2,000 walau harapan si bulus hidup tipis, adakah keputusan siswi ini selamatkan kucing kena sawan tepat?

Demi kasih kepada Bunbun, Fatin tidak kisah menggunakan wang simpanannya sendiri.

DEMI sifat kasihnya kepada kucing, wanita ini langsung tidak kisah 'melaburkan' wang biarpun terpaksa menggunakan simpanannya sendiri.

Bukan sedikit, sebaliknya wanita ini merelakan wang simpanannya digunakan untuk membiayai kos perubatan anak kucing peliharaannya yang berjumlah kira-kira RM2,300.

Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Fatin, meskipun ketika itu dia berada dalam dilema lebih-lebih lagi selepas mengetahui jumlah bil rawatan, dia bagaimanapun memilih untuk mengenepikan kepentingan sendiri demi menyelamatkan nyawa si bulus.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bisik padanya, kalau nak pergi saya izinkan” - Pemuda trauma 2 kucing mati akibat parvo, bimbang 2 bulus lain alami nasib sama walau dah jumpa petua mujarab

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa yang paling baik, bijak ‘pergi’ dulu? Pelajar rasa ‘kosong’, si bulus peneman kelas online dibaham ular sawa demi selamatkan anak kucing lain

Mengimbas kembali insiden yang berlaku kira-kira empat bulan lalu, Fatin berkata anak kucing yang diberi nama Bunbun itu secara tiba-tiba diserang sawan.

"Saya adopt Bunbun daripada seorang kenalan yang membuat hebahan di Facebook. Kesian sebab ibu dia tinggalkannya dengan adik beradiknya yang lain selepas melahirkan.

"Saya memang pencinta kucing tapi dah lama tak pelihara sebab sibuk belajar, jadi sajalah ambil seekor. Masa tu Bunbun baru dua minggu usianya.

"Semuanya okay sahaja, hinggalah pada satu malam, Bunbun tiba-tiba diserang sawan. Masa tu usianya dua bulan. Panik juga sebab ketika itu dah malam, dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula. Puas Google, akhirnya jumpa satu klinik veterinar dan terus bawa ke sana," ujar wanita berusia 25 tahun ini.

Tambah Fatin, hasil pemeriksaan, doktor memberitahu anak kucingnya menghidap komplikasi dalaman serta paras glukosa yang tinggi.



Fatin tidak kisah apabila terpaksa menggunakan wang simpanan sendiri demi membiayai kos rawatan Bunbun.

Disebabkan faktor usianya yang masih kecil, anak kucing tersebut mempunyai peluang hanya 50 peratus untuk hidup walaupun diberikan rawatan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Masa tu anggaran bil rawatan lebih dari RM1,000. Dalam hati saya, rasa macam mahal dan nak cuba cari klinik lain tapi dah malam, PKP pula tu. Saya bimbang Bunbun makin teruk. Dalam kepala fikir nak selamatkan dia.

"Mungkin ada yang fikir, membazir saja sebab peluang nak hidup pun 50 peratus... tapi bagi saya, tak bolehlah fikir macam tu. Saya pilih untuk cuba sedaya upaya buat apa yang boleh untuk bantu.

Sebenarnya tak rugi berkorban untuk kucing... insyaAllah 'dia' akan tolong doakan tuannya.

FATIN

"Kalau tak dapat survive pun tak apalah, asalkan saya dah cuba buat yang terbaik. Selebihnya, saya tawakal," kata penuntut Ijazah Sarjana Muda Multimedia ini sambil menambah, jumlah bil termasuk rawatan susulan dianggarkan sekitar RM2,300.

Bersyukur kerana membuat keputusan untuk menyelamatkan nyawa si bulus, Fatin berkata Bunbun yang kini berusia enam bulan semakin sihat, aktif dan lincah.



Bunbun yang kini berusia enam bulan semakin aktif dan lincah.

"Tak sangka video itu raih lebih 600,000 jumlah tontonan. Saya baru saja muat naik dekat TikTok sebab nak simpan sebagai kenangan.

"Ternampak ada yang share kisah kucing masing-masing, jadi saya saja nak share kisah kucing saya pula. Sebenarnya tak rugi berkorban untuk kucing... insyaAllah 'dia' akan tolong doakan tuannya," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain