suria

Video remaja lelaki buat kerja rumah macam anak dara dapat lebih 1 juta tontonan, betul ke sekadar lakonan? - “Banyak lagi kerja saya buat, tak muat video”

Video yang dikongsikan Wan Afnan meraih lebih sejuta tontonan di TikTok.

KALAU sudah terbiasa melakukan tugasan mengemas rumah, pasti ia langsung bukan satu masalah besar apatah lagi jika ia menjadi rutin harian.

Begitulah kisah remaja lelaki ini yang berkongsi rutin paginya menerusi satu video di aplikasi TikTok.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, remaja tersebut memaparkan aktivitinya yang melakukan kerja-kerja seperti vakum lantai, mencuci dan menjemur pakaian serta menyiram pokok bunga.

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka sedang basuh pinggan, ibu sibuk WFH terkejut anak lelaki usia 10 tahun keluar dapur bawa kejutan - “Sambil menyuap, air mata memang meleleh la”

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak murung jadi ‘hamba’ kepada 3 adik lelaki malas bekerja, tidur sepanjang hari - “Ayah terbiasa biar mak buat kerja rumah, suami dilayan ibarat raja”

"Siapa anak sulung lelaki? Memang kerja macam anak dara ke?" tulisnya pada kapsyen video tersebut yang sehingga kini meraih lebih satu juta tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Wan Afnan Manaf berkata tugasan tersebut dilakukan memandangkan dia kini sedang menghabiskan masa di rumah selepas selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya memang dibiasakan dengan kerja-kerja mengemas rumah oleh ibu sejak kecil lagi. Benda-benda basic saja semua. Memang tak kekok kalau bab-bab mengemas rumah ni.

"Ibu biasanya akan pesan atau beri arahan dari mulut je sebelum dia keluar mengajar. Tapi hari tu, ibu beri arahan menerusi mesej. Dari situ saya timbul idea, mengapa tidak saya buat content berdasarkan mesej tu.



Afnan berkongsi rutin hariannya melakukan kerja rumah menerusi video TikTok.

"Sebenarnya banyak lagi kerja yang dibuat tapi tak cukup nak muatkan dalam video sebab terhad seminit sahaja. Pokok bunga yang disiram pun bukan satu kawasan macam dalam video tapi keliling rumah," kata remaja berusia 18 tahun ini.

Menurut Wan Afnan, video tersebut bukan untuk tujuan 'content' semata-mata tetapi dia mahu memberi mesej mengenai tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa.

"Mungkin ada remaja yang ambil ringan, lengah-lengah saja kalau disuruh oleh mak ayah. Sudah menjadi kewajipan anak untuk membantu ibu bapa mereka tambahan pula anak sulung. Tak kiralah lelaki ataupun perempuan.

Saya memang dibiasakan dengan kerja-kerja mengemas rumah oleh ibu sejak kecil lagi. Benda-benda basic saja semua.

WAN AFNAN

ANAK SULUNG

"Macam saya, tanggungjawab tu berat sedikit sebab ayah tak sihat... ayah saya lumpuh pada bahagian anggota kanan sejak tujuh tahun lalu.

"Tapi walaupun keadaannya serba terbatas, ayah masih cuba buat mana termampu contohnya cabut rumput dan yang tidak membebankan," kata anak sulung daripada tiga adik beradik ini.

Sama sekali tidak menyangka video berkenaan mencatatkan jumlah tontonan yang luar biasa, Wan Afnan berkata dia terharu dengan komen positif daripada netizen.



Afnan mahu menunjukkancontoh yang baik kepada adik-adiknya.

"Ada yang komen, inilah contoh terbaik... calon suami terbaik dan macam-macam lagi. Tapi ada juga terselit komen yang cakap saya tipu saja... kononnya hanya action depan kamera tapi belakang tarik selimut.

"Saya balas komen individu tu dan mohon maaf kalau nampak macam menunjuk tapi mesej saya, saya nak selitkan video tu ada manfaat," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain