suria

Awas anda mungkin terkena! Pemandu e-hailing makin ‘pro’ baca mood penumpang sebelum buat prank, akui cedok idea luar negara

Bapa kepada dua cahaya mata ini menjelaskan semua video yang dikongsi mendapat kebenaran penumpang terlibat terlebih dahulu.

RAKAMAN memaparkan seorang pemandu e-hailing yang sering membuat prank ke atas penumpangnya ternyata mencuri perhatian ramai.

Menurut Nazarudin Khamis, 41, dia sudah memulakan program 'Prank Taxi Online Malaysia' itu sejak dua tahun lalu.

Bermula menerusi saluran YouTube, video-video yang dihasilkan kini menjadi tular selepas ia dikongsi pula menerusi aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rupa-rupanya saya terkena balik” - Hasrat nak prank ayah tak menjadi, atlet terkedu dapat jawapan selepas luah hajat nak kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Lipas, tikus, cicak jadi mainan wanita ini... tunang cuak kena sakat!

"Saya dah buat prank teksi ini sejak dua tahun lepas. Dah lama, tapi baru sekarang viral. Dulu saya tak main TikTok.

"Sekarang saya kongsi video-video lama menerusi TikTok pula. Saya dapat idea selepas tengok prank luar negara," ujarnya yang turut bekerja sebagai pemandu lori.

Mesra disapa Nazarudin, bapa kepada dua cahaya mata dari Johor itu menjelaskan semua video yang dikongsi mendapat kebenaran penumpang terlibat terlebih dahulu.

Program prank itu sudah dimulakan sejak dua tahun lalu.

"Memang betul-betul penumpang tak tahu mereka sedang dirakam. Tapi selepas tamat prank, saya minta kebenaran dahulu.

"Kalau mereka tak bagi upload, saya tak akan siarkan. Tapi Alhamdulillah setakat ini tak pernah kena marah. Nak buat pun kena tengok mood orang juga, bukannya terus buat.

"Bila dah lama, saya pun dapatlah sikit baca mood orang. Idea sebenarnya secara spontan untuk dialog prank, ada juga idea daripada content luar negara.

Saya tengok subscribers pun dah bertambah. Memang kena teruskan lagi selepas ini.

NAZARUDIN

"Dalam video memang saya nampak serius. Tapi dalam hati memang nak tergelak. Ada juga video tak menjadi sebab kantoi tergelak. Tapi sebenarnya saya ni seorang yang pemalu," ujarnya.

Menurut Nazarudin lagi, dia juga tak ambil hati apabila ada yang meninggalkan komen negatif, mempertikaikan video miliknya.

"Ada juga komen kata saya tiru orang luar negara, memang saya akui. Biasalah dalam beribu orang, mesti ada yang tak suka.

Nazarudin juga merupakan seorang pemandu lori.

"Tapi banyak yang positif sebenarnya. Kita manusia tak dapat puaskan hati semua orang," ujarnya lagi.

Melihat sambutan hangat terhadap video-video dihasilkan, Nazarudin merancang untuk meneruskan program itu pada masa akan datang.

Malah katanya, masih ada sekitar 50 rakaman prank yang belum dikongsi kepada umum kerana dia berdepan masalah teknikal.

Antara video yang dikongsi menerusi TikTok.

"Kalau sesiapa nak buat bidang ni, boleh bermula dari awal, jangan tunggu peralatan cukup. Saya pun bermula dengan sebuah telefon yang dilekatkan pada cermin dalam kereta.

"Kini saya dah pakai kamera. Tapi ia nampak macam dashcam, jadi mungkin orang tak perasan masa kena prank.

"Sebenarnya ada lebih kurang 50 video belum dimuat naik sebab ia tersimpan dalam laptop saya yang rosak. Belum dibaiki lagi. Nasiblah kalau boleh selamatkan video tu semua.

"Saya tengok subscribers pun dah bertambah. Memang kena teruskan lagi selepas ini," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain