suria

Percaya kisah cacing halus, wanita gelabah terus ‘masak’ face mask... ada yang siap perli "garam, serbuk perasa jangan lupa pula!"

Perkongsian seorang wanita di Facebook mengenai tindakannya merebus pelitup muka menjadi tular sehingga menerima ribuan komen netizen.

SEJAK pandemik Covid-19 melanda dunia, pemakaian pelitup muka atau face mask sudah menjadi sebahagian amalan dalam norma baharu.

Malah, kerajaan Malaysia turut mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam yang sesak serta di dalam pengangkutan awam bermula 1 Ogos tahun lalu.

Terbaharu, tular pula satu lagi kisah apabila ada pihak mendakwa wujudnya cacing halus di dalam fabrik pelitup muka yang diimport daripada luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru terdiam lihat anak murid pakai mask kotor, siap berjahit dengan benang hitam - “Bagi yang berduit, mungkin tiada masalah”

ARTIKEL BERKAITAN: isaman gara-gara tidak pakai pelitup muka dalam kereta, di pantai? Ismail Sabri perjelas definisi sebenar tempat awam

Malah, banyak posting di Facebook turut berkongsi hal sama, sekaligus menimbulkan rasa resah dalam kalangan netizen.

"Di Turkey, ada rakyatnya telah membuat ujikaji pada pelitup muka yang di import dari China dengan cara meregangkan mask yang belum digunakan diatas permukaan semangkuk air panas.

"Setelah diwapkan dalam masa beberapa saat, hasilnya terdapat organisma berupa ulat atau cacing putih yang halus keluar daripada mask itu.

Malaysia mewajibkan pemakaian pelitup muka sejak 1 Ogos tahun lalu.

"Mungkin kita juga boleh buat ujian cara begini untuk memastikan adakah mask yang kita gunakan sekarang benar-benar bersih dan selamat atau pun sebaliknya," dakwa seorang pelayar Facebook menerusi posting miliknya pada Selasa.

Ada yang membuat penjelasan bahawa objek yang ditemui itu bukanlah cacing, sebaliknya hanyalah fiber dalam fabrik pelitup muka, namun pendapat itu turut disangkal oleh beberapa individu lain.

"Kalau fiber kenapa ada pergerakan seperti seekor cacing?" soal seorang netizen.

Vaksin tak percaya, rebus mask sebab ada cacing halus percaya.

PELAYAR FACEBOOK

Menerusi grup Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official pula, seorang wanita turut berkongsi kerisauannya berhubung hal itu.

Malah, dia turut bertindak merebus beberapa keping pelitup muka kerana risau dengan andaian-andaian yang sedang tersebar di media sosial.

"Sejak viral cacing halus di mask ni. Was was nak pakai. Akhirnya akak masak je sebelum guna," tulis wanita itu.

Posting wanita itu di Facebook.

Dia turut berkongsi foto, memaparkan pelitup muka berwarna biru yang sedang direbus dalam sebuah periuk.

Posting itu sehingga kini meraih hampir 4,000 komen dengan pelbagai pendapat netizen.

Malah, ramai netizen turut menyelar tindakan wanita itu yang disifatkan tidak wajar dan mengarut.

"Kalau dah dimasak, mask dah tak dapat berfungsi seperti yang sepatutnya. Yang kata cacing tu bukan cacing. Ia sejenis fiber yang ada semasa pembuatan mask. Jom sama-sama educate orang ramai jangan mudah percaya dengan benda viral.

Terdahulu, tular video eksperimen luar negara, mendakwa wujud cacing halus di dalam pelitup muka yang mana ia turut tersebar menerusi media sosial rakyat negara ini.

"Vaksin tak percaya, rebus mask sebab ada cacing halus percaya.

"Suka ke hidup dalam ketakutan? Benda tiada faedah boleh percaya pula.

"Garam serbuk perasa jangan lupa pula, nanti rasa tawar bila tengah pakai mask tu," tulis seorang lagi netizen secara berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain