suria

Pendam rasa dari kecil hingga ke usia 20an, gadis alami depresi akibat mangsa herdikan emak... siap digelar anak derhaka!

Dek kerana terlalu tertekan dengan situasi yang dialami, gadis ini terpaksa mendapatkan rawatan kesihatan mental. Gambar hiasan

BAGI kebanyakan anak perempuan, ibu merupakan insan paling rapat dan sering dijadikan rujukan dalam pelbagai perkara.

Malah ada yang menjadikan ibu seperti sahabat baik sendiri.

Namun tidak semua insan bernasib baik dan mempunyai hubungan yang akrab dengan emak mereka sebagaimana kisah yang dialami seorang gadis ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bagaikan BFF! Aksi spontan ibu, anak menari lagu Soley Soley bikin ramai terhibur - “Bila dah besar, baru kami betul-betul rapat!”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak pelik dengan sikap ibu, dah lama bercerai tapi tetap ‘tuntut’ duit belanja daripada bekas suami - “Saya dimaki, digelar anak derhaka”

Menulis coretan di laman IIUM Confession, gadis ini meluahkan perasaannya yang bukan sahaja tiada 'bonding' akrab bersama ibunya, malah sering menerima layanan yang kurang baik sejak dirinya masih kecil.

"Saya faham perasaan bagaimana diherdik dan diperlekehkan oleh ibu sendiri. Saya membesar dengan seorang ibu yang tegas dan garang. Jarang saya diberi pilihan untuk membuat keputusan besar dalam hidup saya.

"Dari saya kecil saya selalu dimarahi atas kesilapan-kesilapan kecil sampaikan sudah jadi normal untuk saya telan dan terima. Saya anak yang banyak berdiam diri soal hati dan perasaan.

"Saya tak banyak bercerita dengan ibu saya tentang diri saya, apa yang saya nak, apa yang saya lalui, apa masalah saya sebab saya tahu ibu saya akan meletakkan semua kesalahan atas diri saya, kadang-kadang bukan salah saya pun tetap ditudingnya saya," luahnya.



Sejak kecil sehinggalah sudah memasuki fasa 20an, gadis ini masih menjadi mangsa herdikan ibunya. Gambar hiasan

Menurut pelayar berkenaan, layanan sedemikian terpaksa dihadapinya sejak kecil sehinggalah usianya meningkat memasuki fasa 20an.

Bukan tidak pernah mempertahankan diri dan menyuarakan pandangan dalam nada yang sopan dan lembut, namun balasan yang diterima tetap mengecewakan.

"Modal balas ibu tetap jugak tentang 'anak derhaka', 'tak tahu bersyukur', 'tak reti menghargai', 'ibu lebih tahu dari kau'. Saya tertekan kerana saya tahu saya akan kalah sekiranya melibatkan agama," ujarnya.

Lebih memburukkan keadaan, situasi yang dilaluinya itu sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan mental selain mengalami krisis keyakinan untuk berdepan dengan orang.

Waktu saya degree dulu, mental health saya tak berapa baik. Saya kerap jumpa therapist dan pergi kaunseling berseorangan tanpa pengetahuan sesiapa.

ANAK

"Ibu saya bila marah atau tak berpuas hati, dia akan bercerita dengan sedara mara atau kawan-kawan rapat. Saya malu bila orang tahu aib saya tapi saya diamkan diri. Mungkin betul saya yang bersalah dan tak pandai.

"Waktu saya degree dulu, mental health saya tak berapa baik. Saya kerap jumpa therapist dan pergi kaunseling berseorangan tanpa pengetahuan sesiapa. Course saya ambil pun atas desakan ibu bukan saya yang nak.

"Saya akur sebab tiada guna bertelagah dengan ibu. Lepas habis belajar, mental saya semakin tertekan sebab saya tak mahu bekerja dalam bidang saya belajar tapi saya tiada pilihan lain.

"Tapi sudah enam tahun saya begini, berapa lama lagikah saya perlu bersabar. Saya dah cuba macam-macam perkara untuk keluar dari depressing state ni, sekalipun saya tak pernah menyalahkan ibu saya," luahnya lagi.



Gadis ini hanya mampu menanggung sendiri bebanan kerana enggan digelar anak derhaka. Gambar hiasan

Sungguhpun berat dilanda ujian, namun gadis ini akur dengan kententuan malah jauh sekali menyalahkan takdir di atas apa yang dilaluinya.

"Saya dah penat mencuba untuk ubah persepsi buruk ibu terhadap saya. Kali ini saya betul-betul biarkan. Biarlah benda ini antara ibu dan tuhan. Saya sudah serahkan sepenuhnya kepada Allah.

"Saya beralah dengan perasaan saya supaya tetap terus taat dengan ibu saya dan janganlah Allah duga saya buat sesuatu di luar batas. Kadang-kadang saya menangis sorang-sorang sebab penatnya hidup dalam kemarahan seorang ibu.

"Saya tiada niat untuk jadi anak derhaka dan saya komited untuk jaga ibu saya sampai hujung nyawa insya-Allah," tulisnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
anak derhaka, tak rapat, ibu, dilema, tertekan

Artikel Lain