suria

Pelajar cabut lari, tinggalkan skateboard selepas nampak kelibat - “Mungkin nak tegur sebab saya main sampai lewat malam”

Dakwa Muqris, dia terlihat kelubat putih itu pada Ahad lalu.

AKTIVITI santai seorang remaja yang bermain papan selaju (skateboard) di kawasan perumahannya di Beranang, Hulu Langat, Selangor bertukar cemas apabila dia terlihat kelibat misteri berjubah putih.

Menurut Muqris Mohd Roshisham, 19, dia terkejut apabila terpandang kelibat itu sewaktu sedang membuat rakaman video sebelum berlari pulang ke rumahnya.

Memperincikan kejadian itu kepada mStar, dia yang mesra disapa Muqris mendedahkan ia berlaku antara pukul 12 malam sehingga 1 pagi, Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bagai nak luruh jantung... 3 remaja terserempak entiti seram pukul 1 pagi, salah seorang hampir demam terkejut - “Sampai ke tempat tu, dah tak ada”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami saling pesan, masing-masing jaga mulut” - Tiada gangguan, kelibat ketika photoshoot bunian, pelajar tak sangka ada isu lain selepas rakaman

"Saya main skateboard di kawasan rumah je, di lorong perumahan saya. Pada masa sama, saya rakam video untuk buat content suka-suka.

"Biasalah, selain rakam skateboard, saya rakam juga persekitaran kiri dan kanan. Kemudian saya nampak ada benda bergerak.

"Kemudian saya berhenti. Bila jalan ke depan dan toleh balik, saya tengok dah tak ada. Saya tinggalkan skateboard dan terus berlari balik.

Muqris memaklumkan dia demam dua hari selepas terserempak dengan kelibat itu.

"Dalam pukul 1 pagi, abang saya tolong ambilkan skateboard yang saya tinggalkan tu," ujarnya.

Menurut pelajar Kolej Vokasional Kajang, itu, kejadian itu turut menyebabkan kesihatannya terganggu dan dua hari mengalami demam.

Malah katanya, abang serta jirannya juga pernah berdepan kejadian aneh di sekitar kawasan perumahannya itu.

Sebagai manusia, kita perlu percaya yang ia wujud, tapi jangan terlalu yakin.

MUQRIS

"Saya berdebar-debar, dah dua hari demam. Ia kejadian pertama dialami saya di kawasan rumah. Tapi jiran-jiran dan abang saya pun pernah tengok.

"Selepas kejadian itu, sehari kemudiannya saya buat live di TikTok untuk tunjuk kawasan itu. Ada penonton yang kata mereka nampak kelibat budak-budak pula.

"Ada juga yang kata ia pontianak, ada juga yang tak percaya dan anggap ia sebenarnya kelibat manusia buang sampah dan sebagainya.

Antara komen netizen di TikTok.

"Tapi kawasan tu memang tiada orang. Kelibat tu saya nampak dekat tepi tempat parking, di situ hanya ada kebun je.

"Kelibat tu berbaju putih, tapi saya lihat dari belakang. Kiranya saya tak bertentang mata dengannya," ujarnya lagi.

Menurut Muqris yang sudah bermain papan selaju sejak Tingkatan 4, dia juga tidak menyangka rakaman yang dikongsi itu akan menjadi tular.

Malah, dia juga tidak terlepas menerima pelbagai komen netizen termasuklah yang meragui kesahihan rakaman itu.

Muqris mendedahkan dia mula mempelajari permainan papan selaju sewaktu masih bersekolah lagi.

"Kepada yang cakap tu, kita tak boleh nak judge, sebab kita pun manusia dan tak kenal dengan 'benda' tu.

"Sebagai manusia, kita perlu percaya yang ia wujud, tapi jangan terlalu yakin.

"Kadang-kadang ia datang nak bagi pengajaran. Macam saya, mungkin ia nak tegur sebab saya main skateboard sampai lewat malam," ujarnya lagi.

Video itu sehingga kini meraih lebih 121,000 tontonan menerusi aplikasi TikTok.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain