suria

Berbulan hadap bunyi bising gerudi, habuk simen... wanita stres jiran renovate rumah langsung tak ada common sense, siap 'sembur' kontraktor - “Kau senanglah tak duduk sini!”

Seorang pelayar meluahkan rasa tertekan kerana terpaksa berdepan dengan bunyi bising saban hari sekoran jiran mereka yang melakukan pengubahsuaian kediaman. Gambar hiasan. Foto: The Star

KALAU dah namanya hidup berjiran, kita diingatkan untuk menjaga adab agar keharmonian hidup bermasyarakat terjaga.

Tidak kiralah hidup di kampung atau di bandar, berjiran dengan kaum sebangsa atau sebaliknya, adab sesama jiran perlu dititikberatkan.

Jika diselusuri di laman sosial, ramai juga yang meluahkan rasa kecewa dengan jiran sendiri yang seolah-olah tidak mempunyai 'common sense', sebagaimana yang dialami oleh seorang pelayar ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Duduk ‘rumah taman’ tapi bela kambing, 2 jiran terpaksa ‘cabut’ tak tahan bau tahi - “Dah tegur tapi jawapan diberi sangat tak disangka”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bengang rumah mak jadi ‘tandas tetap’ kucing jiran, dulu dah buat hal curi air cuci sangkar - “Jangan melampau sangat”

Berkongsi coretan di laman IIUM Confession, pelayar ini meluahkan rasa kecewa dengan sikap jirannya kerana langsung tidak memikirkan situasi sekeliling apabila melakukan ubah suai kediaman.

Menurutnya, segala-galanya bermula apabila dia dan keluarga berpindah ke sebuah taman perumahan yang baharu diduduki, pada September tahun lalu.

"Masalahnya bermula pada Oktober tahun lepas. Jiran sebelah kiri kami ni nak renovate rumah. Yang menjadi masalah adalah dia nak renovate satu rumah atas bawah, cabut semua tiles dan dinding.

"Dan kami sebagai jiran sebelah rumah amat terkesan dengan aktiviti renovation tersebut.

"Bayangkan dari bulan 10,11,12 tahun lepas dia renovate rumah, mula-mula drill dinding dari 8.30 pagi sampai 5.00 petang untuk tambah wiring. Tak habis-habis drill pagi sampai petang.

"Boleh katakan bulan 10 tu complete sebulan dia drill dan pecahkan dinding je. Bayangkan rumah ni besar, 2600 kaki persegi. Berapa banyak dia drill dinding non-stop tu," luahnya kecewa.



Masalah yang dialami pelayar ini bermula selepas sebulan dia dan keluarganya berpindah ke sebuah taman perumahan baharu, tahun lalu. Gambar hiasan

Malah menurut pelayar ini, bukan saja terpaksa menghadap bunyi bising selama berbulan-bulan itu ketika hari bekerja, malah ada kalanya ia turut berlarutan sewaktu hujung minggu.

Tidak sekadar perlu menghadap bunyi bising, ada beberapa perkara lagi yang benar-benar membuat dirinya hilang sabar.

"Habuk pecah-pecah banyak betul sampai garaj parking berhabuk putih. Kereta jangan cakaplah. Kerja aku menyapu jelah. Aku sabar lagi. Kerja renovation itu terus bersambung hingga bulan 12.

"Ada satu hari tu, kerja-kerja ubah suai dibuat hari Ahad. Aku dah la menyidai baju sangat banyak hari tu, dua kali mesin basuh baju. Yelah dah Isnin sampai Sabtu aku tak boleh nak menyidai dengan habuk semua tu, mestilah la hari Ahad saja aku ada masa nak sidai. Dibuatnya kerja pulak hari tu.

"Entah syaitan apa merasuk, aku mengamuk betul kat balkoni. Tension tengok baju disidai dah berhabuk putih. Aku jerit bagi dia dengar, kalau nak buat kerja tu bagitahulah awal-awal, tak payahlah aku nak menyidai hari tu. Ada lagilah yang aku menjerit marah-marah, terus diam orang tu," ceritanya.

Aku cakap dengan kontraktor tu memang tak ada lemah lembut dah, memang aku terus sound aje. Habis sampai rosak rumah orang. Kau nak drill banyak mana lagi?

JIRAN

Cerita pelayar ini, akhirnya setelah beberapa lama tahan sabar, dia dan suaminya terpaksa bersemuka dengan kontraktor yang bertanggungjawab menjalankan pengubahsuaian tersebut, selepas dinding di salah sebuah bilik kediaman mereka berlubang kesan daripada aktiviti menggerudi.

"Aku cakap dengan kontraktor tu memang tak ada lemah lembut dah, memang aku terus sound aje. Habis sampai rosak rumah orang. Kau nak drill banyak mana lagi?

"Ada satu hari tu agaknya suami aku dah habis sabar dia, dia tengah makan tengah hari. Kami berbual la sekejap, baru saja sekejap nak berbual orang sebelah start drill dinding.

"Mengamuk laki aku. Terus dia keluar rumah, pergi rumah orang sebelah, jumpa dengan kontraktor. Suami aku tanya apa benda yang korang drill ni, kerja 2 bulan tak sudah-sudah.

"Hujung bulan 12 tahun lepas, wiring dia dah siap. Bulan 1 tahun ni tak ada apa-apa kerja. Tapi masuk bulan 2, dia start balik drill lantai. Hari ini, Ahad 7 Februari pukul 5.15 petang, kerja drilling masih belum berhenti," luahnya.



Menurut pelayar ini, dia dan keluarganya tidak menghalang jiran mereka melakukan pengubahsuaian kediaman namun terkilan dengan sikap mereka. Gambar hiasan

Tambah pelayar berkenaan, dia dan keluarganya tidak menghalang jiran mereka untuk melakukan kerja pengubahsuaian kediaman, namun terkilan kerana langsung tiada sedikit rasa perikemanusiaan terhadap keadaan sekeliling.

"Kami jiran-jiran kiri kanan rumah dia ni dah cukup bersabar tiga bulan dia drill rumah. Tak kan tak boleh berhenti kerja kalau hari minggu. Sudahlah tak ada pun courtesy nak jumpa jiran mintak maaf ke apa. Kau senanglah, sebab kau tak duduk sini dan kena dengar semua bunyi tu.

"Aku dahlah ada hari bekerja dari rumah, kalau ada mesyuarat Google Meet memang aku stres sebab bunyi drill sebagai background. Penat. Telinga dan otak aku penat.

"Otak aku rasa sebu. Doakan aku terus bertahan dan bersabar sampai rumah sebelah ni siap. Esok dan hari seterusnya, terus aku mendengar dan menghadap bunyi drill, entahlah sampai bila," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain