suria

Ketua kelas ajak bergambar pada hari terakhir sekolah, dipendekkan cerita 8 tahun kemudian pasangan doktor gigi-juruaudit bersanding atas pelamin

Pasangan ini sah menjadi suami isteri pada Disember lalu.

KALAU dah jodoh, pasti tak kemana.

Begitulah kisahnya melibatkan pasangan Syafiqah Yusof dan Ahamd Hazieq Mohd Shuhaimi yang sah menjadi suami isteri pada tahun lepas.

Mesra disapa Syafiqah, doktor gigi lulusan dari United Kingdom (UK) itu ada berkongsi kisahnya perkenalannya dengan suami menerusi Twitter sehingga ia menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenal sejak Tingkatan 4, pengantin Iban-Melayu imbas momen indah di sekolah... cikgu pun join photoshoot! - “Dulu fikir cinta monyet je”

ARTIKEL BERKAITAN: Kenal sejak Form 2, tak mudah ‘pasangan berbeza uniform’ mahu bersatu di pelamin - “Setiap kali dating memang guna duit dia”

"Tak pernah sangka individu yang mahu bergambar dengan saya pada hari terakhir persekolahan lapan tahun lalu kini bergelar suami saya," ujarnya.

Bercakap kepada mStar, Syafiqah berkata dia dan suami merupakan rakan sekelas sewaktu Tingkatan 4 dan 5, ketika itu kami sama-sama menuntut di sebuah sekolah di Terengganu.

"Kami rakan sekelas selama dua tahun. Suami dulu merupakan ketua kelas saya. Masa tu kami kawan biasa-biasa je.

Suami Syafiqah merupakan ketua kelasnya sewaktu zaman sekolah lapan tahun lalu.

"Masa hari terakhir sekolah, lepas hantar buku teks, dia datang minta nak bergambar. Kami berkawan je selepas habis sekolah.

"Namun, sejak dua tahun lepas, kami buat keputusan ke arah lebih serius sehinggalah membawa kepada pernikahan ini," ujarnya.

Menurut Syafiqah, dia dan suami, masing-masing berusia 25 tahun tidak menyangka perkongsian itu akan menarik perhatian ramai di Twitter.

Yang penting kat sekolah tak perlu bercinta sangat. Fokus akademik dulu.

SYAFIQAH

Jelasnya, ia sekadar dikongsi untuk tatapan rakan-rakan, namun bersyukur dengan segala reaksi positif yang diterima.

"Saya rasa macam nak tweet saja-saja, nak kongsi dengan kawan-kawan. Kami tak jangka, memang terkejut bila viral.

"Sebenarnya bukan saya je yang sekelas dengan suami. Abang saya dan abang suami juga satu batch dan mereka berkawan baik.

Foto di hari bahagia pasangan itu.

"Alhamdulillah semua komen positif dan doa baik-baik," jelasnya lagi.

Dalam masa sama, Syafiqah memberi nasihat kepada pelajar di luar sana agar fokus pelajaran dan tidak terlalu mengejar cinta sewaktu zaman persekolahan.

Ujarnya, akademik sangat penting, manakala jodoh pasti akan menyusul kemudian sebagaimana suratan dan ketentuan Allah.

Pasangan ini tak sangka kisah mereka tular di Twitter.

"Yang penting kat sekolah tak perlu bercinta sangat. Fokus akademik dulu. Tak perlu cinta-cinta," ujarnya berseloroh.

Menurut Syafiqah lagi, dia dan suaminya yang juga seorang juruaudit dinikahkan di Taman Tamadun Islam, Terengganu pada 24 Disember tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain