suria

“Sedar-sedar dah kat bawah” - Plan balik kampung nak cari ketenangan, tapi sampai je Perlis Myvi terjun bendang... jejaka anggap memori terindah 2020!

Megat bergambar dengan kereta miliknya selepas kemalangan berlaku.

KENANGAN terindah tahun 2020.

Begitulah kata-kata ringkas seorang jejaka mengenai insiden kemalangan yang dialaminya pada Rabu lalu.

Dalam kejadian itu, Perodua Myvi yang dipandu Megat Umar Ruslan, 21, terbabas sehingga jatuh ke dalam sawah padi.

ARTIKEL BERKAITAN: Myvi ni memang tak boleh behave ke? Hari-hari ada je buat perangai” - Aksi kereta Perodua redah laluan rumput, tak hirau kesesakan lalu lintas bikin ramai bingung

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan biasa-biasa! Uncle bawa myvi ‘berkepak’ curi tumpuan gadis

Mesra disapa Megat, dia juga sama sekali tidak menyangka kejadian yang berlaku di Arau, Perlis itu akan menjadi tular di media sosial.

"Saya balik kampung, cuti sampai tahun baharu. Masa tu saya dengan kawan di dalam kereta.

"Sibuk main telefon, berbual dengan kawan... sedar-sedar dah kat bawah. Kami tak cedera, keluar je terus gelak.

Megat dan rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kemudian kakak saya post gambar kejadian tu di Twitter, tak sangka boleh viral," ujarnya kepada mStar.

Sehingga kini, foto itu menerima lebih 9,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, ia turut menerima pelbagai respon netizen termasuk yang memperkatakan mengenai kejadian-kejadian sebelum ini melibatkan kereta Myvi.

Saya balik kampung untuk cari ketenangan. Rumah di kampung pun dekat dengan sawah.

MEGAT

Ujar Megat, dia tidak kisah dengan segala komen yang ditinggalkan dan menganggap ia sebagai hiburan sahaja.

Menurut juruteknik sistem fiber yang bekerja di ibu negara itu, keretanya juga tidak mengalami sebarang kerosakan teruk.

"Calar-calar manja je kereta tu. Kemudian tarik naik ke atas jalan dengan bantuan orang kampung, guna traktor sawah.

"Ini kejadian kemalangan pertama. Kenangan terindah 2020," ujarnya berseloroh.

Kereta Megat dibawa keluar dengan bantuan penduduk kampung.

Dalam pada itu, Megat mendedahkan dia mengambil cuti hujung tahun untuk pulang berehat seketika di kampung.

"Sekarang PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Duduk KL pun buat benda sama je.

"Saya balik kampung untuk cari ketenangan. Rumah di kampung pun dekat dengan sawah.

"Boleh memancing, petang-petang pusing sawah," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain