suria

Kesedihan selama 9 tahun bagaikan terubat.. impian anak istimewa miliki kaki bakal dipenuhi - “Mujur ada artis prihatin”

Syahmi dan keluarganya bersyukur dan terharau apabila ramai pihak termasuk artis popular berbesar hati ingin menaja kaki palsu buatnya.

SEMBILAN tahun diselubungi perasaan sedih, namun tahun ini adalah tahun yang paling bermakna buat adik Syed Daniel Syahmi Syed Mohd Yusuf sekeluarga.

Tidak disangka-sangka, rintihan anak istimewa itu di hari ulang tahun kelahiran mendapat perhatian ramai. Lebih menggembirakan lagi ada artis popular berbesar hati ingin menaja kaki palsu buat Syahmi.

Menurut Azlinda Hani Othman, 38 iaitu ibu kepada Syahmi meluahkan rasa syukur kerana terlalu ramai yang prihatin terhadap perjalanan hidup anaknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu terkedu, sukar penuhi permintaan anak minta hadiah kaki sempena hari lahir ke-9 - “Nak sama macam ibu, abang”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sayu, anak OKU tak menangis kebumi bapa, siap ucap 'bye'... 3 hari kemudian, apa yang jiran nampak mengejutkan keluarganya!

"Di usia empat bulan kandungan, saya pernah di minta untuk gugurkan anak syurga ini kerana dikesan ada tanda-tanda OKU.

"Bila saya berkeras nak lahirkan juga anak ini sebenarnya saya sedih kerana dapat rasakan seperti saya menyeksa dirinya. Malah sembilan tahun jugalah saya hidup dalam serba salah.

"Tetapi berkat sabar dan doa, saya tak sangka dengan semua ketentuan dan rezeki yang Allah kurniakan kepada saya dan keluarga pada hari ini.

"Bukan hanya orang ramai yang prihatin malah bantuan dari media terutama mStar membuatkan ada artis berhasrat untuk sponsor kaki palsu," katanya kepada mStar.



Kisah Syahmi yang dikongsi oleh ibunya menyentuh hati ramai netizen.

Laporan yang disiarkan mStar mengenai hasrat Syamil untuk memiliki kaki sempena hari lahirnya ternyata menarik perhatian pelbagai pihak.

Sebelum ini, ibu Syahmi juga memaklumkan ditawarkan bantuan alatan sokongan daripada salah satu syarikat sumber luar Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Pada Sabtu lalu, keluarga kecil ini ke PPUM seperti yang telah ditetapkan tarikh untuk bertemu dengan doktor pakar di sana.

Mujur ada artis yang simpati dan prihatin mahu membiayai kos kaki palsu itu, juga ada seseorang yang enggan dikenali turut menyatakan hasrat mahu menaja.

AZLINDA HANI OTHMAN

IBU

"Kami satu keluarga teruja dan gembira hari itu. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami.

"Alhamdulillah.. siapa sangka rezeki adik Syahmi. Salah seorang pakar pembuatan kaki dan tangan palsu memberitahu mereka dapat bantu Syahmi," katanya yang mulanya risau berdepan kekecewaan jika gagal memenuhi impian anaknya.

Katanya, pakar berkenaan terus menunjukkan contoh kaki palsu individu lain di mana kakinya lebih teruk lagi daripada Syahmi.



Syahmi di PPUM ketika bertemu pakar perubatan.

"Pakar itu memaklumkan pada saya dan suami bahawa Syahmi akan mengikuti beberapa proses seperti pemasangan kasut pada kaki, kemudian pemasangan kaki palsu pada kasut dan juga hal berkaitan sendi lotot sehingga dia dapat berdiri seperti orang normal.

"PPUM juga memaklumkan mereka akan berusaha mencari dana dengan kerjasama kami," katanya.

Katanya, betullah orang cakap rezeki tidak salah alamat kerana selepas berita disiarkan mStar, ramai yang DM dan hubungi saya untuk membantu.

"Mujur ada artis yang simpati dan prihatin mahu membiayai kos kaki palsu itu, juga ada seseorang yang enggan dikenali turut menyatakan hasrat mahu menaja," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain