Tugasan kelas online je tapi siswi UiTM cabar diri edit video ala-ala filem Enola Holmes, hasilnya memang wow! - “Keseronokan belajar dah tak ada, degree life juga...”

Video pengenalan oleh Nora diinspirasikan daripada filem misteri, Enola Holmes.

PANDEMIK Covid-19 yang melanda seluruh dunia ternyata memberi impak terhadap kita semua.

Antara yang turut terkesan tentulah golongan pelajar yang kini terpaksa mengikuti pengajian secara dalam talian.

Dalam keterbatasan dan norma baharu itu, ia tidak menghalang seorang pelajar ini untuk tampil kreatif.

ARTIKEL BERKAITAN: Geramnya! Pelajar ‘pasrah’ dapat kucing minat laptop, digigit-gigitnya skrin sewaktu kelas online

ARTIKEL BERKAITAN: PKP bukan tempoh ‘bulan madu’ pelajar, tak ke sekolah tapi kelas online on - “Masa terbaik ibu bapa lihat sukarnya tugas guru”

Tular di TikTok, video pengenalan bagi satu subjek pengajian yang dihasilkan seorang gadis sehingga menerima hampir 50,000 tontonan.

"Pensyarah saya kata kena buat video pengenalan. Jadi saya buat dengan gaya Enola Holmes, " tulis Siti Nur Rashiqah Ramizul menerusi kapsyen.

Sebahagian paparan dalam video yang dihasilkan Nora.

Mesra disapa Nora, gadis berusia 21 tahun itu mendedahkan video pengenalan untuk subjek Business Analytics itu diinspirasikan daripada filem misteri, Enola Holmes yang ditontonnya baru-baru ini.

"Saya baru sahaja masuk semester tiga. Sekarang semua belajar online. Ada pensyarah yang minta perkenalkan diri melalui WhatsApp, ada juga yang kena buat video.

"Untuk subjek ini, pensyarah saya minta buat video. Boleh je setakat perkenalkan diri seperti biasa, tapi saya suka ekstra... over the top dan bagi 100 peratus.

Keseronokan dalam belajar tu macam dah tak ada. Degree life juga tak ada, semuanya online.

SITI NUR RASHIQAH RAMIZUL

"Saya ada banyak idea, nak buat seperti Harry Potter dan sebagainya. Kebetulan baru tengok cerita Enola Holmes. Jadi video pengenalan saya dibuat seperti sedutan filemnya," ujar penuntut bidang Pemasaran Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

Bercerita lanjut kepada mStar, Nora mengakui sesi rakaman yang dibantu adiknya mengambil masa sehari sahaja.

Malah, dia sendiri turut membuat suntingan pada hari berikutnya dan sama sekali tidak menyangka ia akan tular di aplikasi TikTok.

Nora merupakan penuntut bidang Pemasaran Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Video pun dah dihantar. Alhamdulillah pensyarah kata dia suka video ni. Dia pun mention pasal filem Enola Holmes, maksudnya dia pun tahu.

"Video ni tak ada gred pun, sekadar suka-suka je. Tapi saya memang minat edit video, mula belajar masa sekolah dulu. Saya juga baru je aktif di TikTok," ujarnya.

Dalam pada itu, Nora mengakui pembelajaran secara dalam talian memberi cabaran buat dirinya.

Nora akui pembelajaran dalam talian sewaktu era pandemik Covid-19 banyak memberi cabaran buat golongan pelajar.

Menetap di Sungai Buloh, Selangor, dia juga berharap nasib golongan memerlukan di negara ini akan terus terbela tatkala Covid-19 sedang melanda.

"Lagi mencabar berbanding pengajian biasa secara bersemuka. Cabaran dari segi mental, sebab kita memerlukan interkasi. Kini semuanya guna telefon dan laptop.

"Keseronokan dalam belajar tu macam dah tak ada. Degree life juga tak ada, semuanya online. Mungkin agak sukar, cabaran internet slow kadang-kadang.

"Saya harap pemimpin negara kita fokus untuk bantu rakyat khususnya dari golongan B40 dan juga rakyat di Sabah. Ramai yang terjejas," ujarnya mengakhiri bicara.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain