suria

Macam Aquaman! Dah 20 tahun pakcik ni tak jemu berteriak panggil ‘Titi’... laung azan 3 kali sehari pun masih ada kudrat - “Lebihan makanan beri anjing jalanan”

Hafsani menjadi perhatian kerana rutin hariannya memberikan makanan kepada burung-burung setiap petang. Foto ihsan Restoran Hussain Nasi Kandar Sungai Petani

SEPERTI babak dalam filem, seorang lelaki dilihat berteriak memanggil sekumpulan burung.

Berpuluh-puluh ekor burung merpati berterbangan sebelum mendekati lelaki warga emas itu yang memberikan makanan.

"Nice gila macam Aquaman panggil ikan dah," tulis seorang pengguna Twitter menerusi satu ciapan yang menyamakannya seperti aksi adiwira Aquaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Digelar 'Mowgli Malaysia', Syukur impi miliki zoo sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: 'Rare' kambing sertai hari sukan sekolah, tiba-tiba ‘Abang’ terlepas... kecoh dibuatnya!

Bercakap kepada mStar, lelaki warga emas berkenaan, Hasfani Azilan Abdul Rahman berkata, dia memanggil burung-burung untuk diberi makan di hadapan restoran nasi kandar di tempatnya bekerja di Sungai Petani, Kedah.

Gaya Hafsani berteriak memanggil burung-burung.

Berusia 70 tahun, Hasfani memberitahu bahawa sudah menjadi rutin harian bagi dirinya memberi beras kepada burung-burung, hampir setiap petang.

"Biasanya saya akan beri makan kepada burung-burung kira-kira pukul 5.30 petang macam tu. Tapi saya tak terus lemparkan beras-beras tu ke jalan.

"Saya akan panggil dulu burung-burung ni dengan berteriak. Bila kesemua burung dah datang dekat dengan saya, barulah saya beri makan pada burung-burung ni," katanya.

Hasfani berkata, kebiasaannya dia akan berteriak dengan panggilan 'Titi' yang merupakan singkatan kepada nama burung merpati.

Hafsani bertugas di sebuah restoran nasi kandar.

Berkongsi kisah zaman mudanya, anak kelahiran Alor Setar itu sebenarnya telah lama membiasakan diri dengan burung-burung merpati yang dibela oleh arwah ibu bapanya.

"Sejak zaman sekolah lagi saya dah biasa beri makan pada burung-burung. Orang tua saya ada bela macam-macam jenis burung dan kebanyakannya adalah burung merpati.

"Sebab itulah sampai sekarang pun saya panggil burung-burung ni dengan nama Titi bermaksud merpati. Kadang-kadang saya panggil Hussain," katanya, merujuk Hussain yang merupakan lokasi tempatnya bekerja di restoran Hussain Nasi Kandar.

Menjalankan tanggungwab memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Siapa sangka bapa kepada lima anak itu masih mempunyai kudrat untuk bekerja dan telah berkhidmat di restoran berkenaan sejak 20 tahun lalu.

"Alhamdulillah, saya masih diberikan tenaga untuk bekerja sehingga ke hari ni, dan saya beri makan kepada burung-burung ni sepanjang saya berkhidmat 20 tahun di sini... burung-burung ini adalah kesayangan saya.

Saya beri makan kepada burung-burung ni sepanjang saya berkhidmat 20 tahun di sini... burung-burung ini adalah kesayangan saya.

HAFSANI AZILAN ABDUL RAHMAN

"Syukur majikan memberi peluang kepada saya untuk pergi ke masjid berdekatan dengan restoran, bukan sahaja untuk solat tetapi juga menjadi sukarelawan untuk melaungkan azan apabila tiba masuk waktu solat.

"Kebiasaannya saya azan untuk waktu Zohor, Asar dan Maghrib. Bagi makan kepada burung-burung tu, saya buat selepas solat Asar," katanya sambil menambah dia turut memberikan sisa-sisa roti kepada burung-burung tersebut selain beras.

Berkhidmat sebagai pekerja restoran selama 20 tahun.

Selain burung, Hasfani berkata, dia turut memberikan makan kepada anjing-anjing jalanan di kawasan sekitar.

"Ada lebihan makanan di restoran saya akan bawa balik dan singgah di mana-mana untuk bagi anjing-anjing jalanan makan.

"Apa yang saya lakukan semua ini untuk mengisi masa kerana usia yang sudah lanjut dengan melakukan amalan yang diredai sebanyak-banyaknya," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain