Jumpa kasut wanita dalam kereta, si suami menggelabah disoal isteri... termenung 3 jam, sampai tak senang duduk! - “Bini gua muka tak macam orang dah”

Fairuz berkongsi kisah lucu gara-gara menemui sepasang kasut wanita lain di dalam keretanya.

SUAMI mana yang tak gelabah apabila barangan wanita lain dijumpai di dalam kereta oleh isteri sendiri?

Pasti ketika itu wajah kelihatan pucat dan kepala ligat memikirkan jawapan yang harus diberi kepada si isteri.

Silap-silap hari bulan, boleh tercetus perang dunia ke-3 gara-gara kehadiran barangan 'asing' itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sertai grup FB ‘Suami Masak Apa Hari Ini?’ Kaum isteri jangan tercabar... resipinya bukan calang-calang!

ARTIKEL BERKAITAN: Kagum isteri pandai masak walau baru sebulan kahwin, suami dedah rahsianya!

Itulah situasi yang dialami seorang lelaki ini seperti mana perkongsiannya di laman Facebook, baru-baru ini.

"Kasut ni punca aku tak cukup nafas pagi tadi. Bini tanya kasut siapa? Aku pun ingat kasut dia. Menggelabah tanya mak, tanya semua orang siapa punya kasut. Tenang-tenang je adik perempuan aku sorang lagi baru bangun cakap ini kasut dia. Bini gua muka dah tak macam orang dah," demikian kapsyen pada perkongsian tersebut.

Perkongsian tersebut menjadi tular bukan sahaja di Facebook, malah 'melarat' ke Twitter selepas dikongsikan seorang pelayar di mana sehingga kini ia meraih 14,200 retweet.



Paparan skrin (screenshot) perbualan antara keluarga Fairuz mengenai kasut yang dijumpai di dalam keretanya.

Berkongsi insiden lucu itu bersama mStar, lelaki bernama Fairuz Fawzi ini berkata kejadian tersebut berlaku pada pagi Khamis lalu ketika dia dan isterinya hendak keluar bekerja.

"Kebetulan, isteri saya, Lisa Fikri kena pakai kasut tinggi hari tu. Dia tanya sama ada saya nampak kasutnya, saya pun selamba jawab mungkin dalam kereta.

"Kami pun sama-sama cari, dia cari di bonet, saya cari di seat hadapan. Kebetulan saya terjumpa sepasang kasut perempuan dan beri padanya. Tapi muka isteri masa tu semacam dan dia kata itu bukan kasutnya.



Pasangan ini sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga.

"Menggelabahlah saya, sebab tak tahu siapa empunya kasut ni. Tak pernah perempuan lain naik kereta saya. Saya teringat mungkin ia kasut adik-adik perempuan sebab pernah bertukar kereta dengan salah seorang adik. Terus saya tanya dalam Group WhatsApp famili," cerita pemuda berusia 29 tahun ini.

Namun kata Fairuz, hatinya makin tak keruan selepas adik perempuannya yang bernama Farra menafikan kasut tersebut adalah miliknya.

Ditambah pula dengan usikan dan sakat menyakat ibu dan bapanya, Fairuz tidak mampu mengukir senyum kerana bimbang dengan persepsi isteri.

Ada juga netizen kata macam takut bini pun ada. Ini bukan pasal takutkan isteri, tapi sebagai suami kita kena ada perasaan hormat, jujur dan telus kepada isteri.

FAIRUZ FAWZI

SUAMI

"Sepanjang perjalanan ke tempat kerja tu, berpusing-pusing kepala saya fikir. Isteri saya sebenarnya dia okay. Tapi kita sebagai suami, tak mahu buat isteri fikir bukan-bukan.

"Bila sampai tempat kerja pun, saya tenung je skrin komputer. Memikirkan siapa punya kasut. Nak jadikan cerita, kira-kira pukul 10 pagi tu, mak saya beritahu dalam group.

"Rupa-rupanya kasut tu milik adik perempuan saya yang seorang lagi, Farhaa. Umurnya 15 tahun. Lega rasanya bila dapat tahu... tapi tiga jam jugak laa saya tak senang duduk," ujarnya yang sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga.



Fairuz merupakan anak sulung daripada lima adik beradik.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Fairuz berkata dia pada mulanya sekadar berkongsi cerita lucu bersama rakan dan pengikutnya di Facebook.

"Tapi makin lama ramai yang share dan jadi viral. Ramai netizen respons dan berkongsi pengalaman yang sama, malah kes mereka lebih teruk.

"Ada juga netizen kata macam takut bini pun ada. Ini bukan pasal takutkan isteri, tapi sebagai suami kita kena ada perasaan hormat, jujur dan telus kepada isteri. Tak mahu dia fikir bukan-bukan.



Antara komen netizen yang turut berkongsi pengalaman yang sama.

"Tapi isteri tahu sikap dan sifat saya sejak bercinta lagi. Selain dari nak kongsi insiden lucu, kisah ini juga mungkin boleh beri mesej supaya suami isteri wajar berbincang dan berkomunikasi kalau ada hal yang terjadi.

"Dalam masa yang sama, saya nak sampaikan juga mana-mana adik perempuan, tolong jangan buat abang korang macam ni. Silap haribulan, tak makan kami jawabnya," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kasut, wanita, kereta, menggelabah, isteri, perang

Artikel Berkaitan

Artikel Lain