suria

Roh merdeka makin terasa... guru bertemu jodoh anak 31 Ogos, 3 zuriat lahir normal tarikh sama - “Sejarah tak kan padam”

Selain suami, tiga anak Dila turut dilahirkan pada tarikh 31 Ogos.

TARIKH keramat 31 Ogos menjadi detik istimewa buat kita semua memandangkan ia merupakan Hari Kebangsaan negara tercinta.

Namun, sambutan itu lebih istimewa buat Noor Adilah Mohammed Shafie, 31, apabila suami, Mohd Izzat Ismail, 32, serta tiga anaknya turut menyambut hari kelahiran pada detik bersejarah itu.

Mesra disapa Dila, dia berkata semangat menyambut Hari Merdeka juga semakin berkobar-kobar memandangkan ia juga hari istimewa buat mereka sekeluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap letak emoji Jalur Gemilang di media sosial sempena merdeka 'sampah' cetus debat, paling best Tengku Jihan mencelah... terus dapat belasan ribu retweet

ARTIKEL BERKAITAN: Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan”

Jelasnya, suami dilahirkan pada 31 Ogos 1988 diikuti anak sulung, Qisya Izz Zara, 6, Anas Baihaki, 4, dan Dian Insyirah, 2, juga pada tarikh sama pada 2014,2016, dan 2018.

"Anak pertama sepatutnya lahir pada September 2014. Namun saya bersalin awal dua minggu, masa tu kandungan 38 minggu.

"Anak kedua pula bersalin awal tiga hari manakala anak ketiga awal dua hari. Jadi ketiga-tiga anak lahir pada 31 Ogos.

Dila dan suami merupakan guru pendidikak pemulihan dan mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2013.

"Memang ada yang bertanya, mereka sangka saya buat pembedahan dan pilih tarikh. Sebenarnya saya bersalin normal. Semuanya secara kebetulan," ujarnya kepada mStar.

Kata Dila, kehadiran insan-insan istimewa dalam hidupnya yang lahir pada Hari Kemerdekaan negara menyebabkan sambutan detik keramat itu sedikit berbeza.

"Dulu sambut Merdeka biasa sahaja. Tapi bila kita dah besar, baca pasal sejarah, roh merdeka tu mula ada.

Budi dan bakti tuan puan, kami sanjung tinggi. Terima kasih barisan hadapan.Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-63.

NOOR ADILAH MOHAMMED SHAFIE

"Ditambah pula dengan hari lahir suami dan tiga anak yang jatuh pada hari Merdeka, jadi makin bersemangatlah kami.

"Macam tahun lepas, kami buat majlis, tempah kek bertemakan Jalur Gemilang. Tapi tahun ni, disebabkan Covid-19, kami sambut berlima secara kecil-kecilan sahaja," ujarnya yang menetap di Teluk Intan, Perak.

Menurut Dila, suaminya juga merupakan seorang guru pendidikan pemulihan dan mereka mendirikan rumah tangga pada 28 Jun 2013.

Dalam pada itu, Dila sempat menitipkan ucapan buat pejuang kemerdekaan negara serta hero-hero masa kini yang banyak berjuang dalam mendepani pandemik Covid-19.

Sambutan tahun ini diadakan kecil-kecilan secara berlima sahaja memandangkan negara masih diselubungi pandemik Covid-19.

“Kalau dahulu, mereka di hadapan jadi pelindung, memerangi penjajah. Membela tanah Malaya, berkorban jiwa dan raga. Sejarah tak kan pernah padam.

"Kini, mereka juga yang berada di hadapan, menyelamatkan nyawa, tak biar kita sengsara. Membebaskan Malaysia daripada Covid-19 siang dan malam bekerja tanpa lelah.

"Budi dan bakti tuan puan, kami sanjung tinggi. Terima kasih barisan hadapan.Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-63," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain