suria

Guru kagum, anak murid pakai uniform syarikat hantar makanan... siap dengan kotak delivery! - “Ibu bapa mereka sangat supportive dan open”

Intan Nursyazana (kiri) memuat naik gambar anak-anak muridnya yang mengenakan kostum sempena aktiviti mingguan mereka bertemakan Terima Kasih Frontliners di Twitter.

JASA dan pengorbanan petugas barisan hadapan (frontliner) ketika negara sedang berperang dengan penularan wabak Covid-19 begitu terkesan di jiwa kita sehingga kini.

Golongan ini sanggup berdepan risiko nyawa sendiri demi memberi perkhidmatan terbaik buat seluruh rakyat.

Media sosial menjadi medium bagi netizen untuk membuat perkongsian dan menzahirkan ucapan tanda terima kasih khusus buat golongan menerusi cara tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Si cilik viral lagi, rupa-rupanya ada kisah di sebalik uniform putih... mak sanggup tempah tailor - “Terpengaruh tengok kami pakai tiap hari”

ARTIKEL BERKAITAN: PPE lindung emosi! ‘Angkasawan’ akui hiba lihat budak 3 tahun disyaki Covid-19 akhirnya ceria tunggu ambulans - “Bye-bye, terima kasih astronaut!”

Ada yang memuat naik karya seni yang dihasilkan seperti lukisan mural, lukisan kanvas, malah ada yang menyambut sesuatu peristiwa penting menggunakan tema 'frontliners'.

Tidak terkecuali bagi sebuah pusat pendidikan pra-sekolah ini yang mengetengahkan tema 'Terima Kasih Frontliners' di dalam salah satu aktiviti mingguan mereka.

Ia dikongsikan oleh salah seorang guru pusat pendidikan itu, Bahtera Multiple Intelligence Preschool, di Twitter.



Perkongsian yang dimuat naik oleh Intan Nursyazana di Twitter meraih perhatian netizen.

Di samping menggayakan kostum lagak seperti seorang doktor, tentera dan polis, namun beberapa kanak-kanak mencuri tumpuan apabila menggayakan uniform pekerja Grab Food dan FoodPanda!

Menurut guru yang membuat perkongsian berkenaan di Twitter, Intan Nursyazana, dia sendiri tidak menyangka beberapa anak didiknya tampil dengan kostum siap lengkap dengan kotak 'delivery' masing-masing.

"Setiap hari Jumaat, kami memang akan adakan aktiviti dan minggu lalu, kami tetapkan tema Terima Kasih Frontliners. Bila tiba harinya, ada tiga orang kanak-kanak menggayakan kostum Grab Food dan FoodPanda.



Gelagat dua kanak-kanak yang mengenakan kostum syarikat penghantaran makanan ketika menyertai aktiviti mingguan pusat pendidikan mereka.

"Memang tak sangka sebab kita expect mereka akan pakai baju doktor, polis atau tentera. Namun secara tak langsung, mereka tahu bahawa petugas Grab Food dan Food Panda juga sebahagian daripada frontliners yang risikokan nyawa mereka sewaktu pandemik Covid-19," katanya kepada mStar.

Apa yang lebih manis, perkongsian guru berkenaan turut menarik perhatian Grab Food.

"Tak sangka juga Grab Food respon. Syarikat itu siap hantar sebiji kek pada Isnin lalu untuk kanak-kanak ini," katanya yang sudah berpengalaman selama lima tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Kagum sangat dengan semangat ibu bapa kanak-kanak ni... mereka ada effort untuk turut serta dalam aktiviti anak-anak.

INTAN NURSYAZANA

GURU

Mengulas lebih lanjut, guru ini berkata pujian selayaknya diberikan kepada ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan kerana meletakkan sepenuh usaha (effort) demi menjayakan aktiviti pembelajaran anak-anak mereka.

"Kagum sangat dengan semangat ibu bapa kanak-kanak ni... mereka ada effort untuk turut serta dalam aktiviti anak-anak. Boleh dikatakan ibu bapa di sini sangat supportive dan open setiap kali guru beri task kepada anak-anak mereka.



Intan Nursyazana memuji usaha ibu bapa anak-anak muridnya yang bersungguh-sungguh mahu melakukan yang terbaik.

"Kerana mereka tahu kami di sini bukan hanya berdasarkan buku semata-mata tapi kita dedahkan dengan aktiviti-aktiviti. Macam program ini, bukan pakai baju ikut tema semata-mata tapi kita akan terangkan dan buat aktiviti supaya kanak-kanak lebih faham," ujarnya lagi.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, guru ini dalam masa yang sama berkata secara tidak langsung perkongsian berkenaan diharapkan dapat menyampaikan mesej positif kepada ibu bapa yang lain.



Sebahagian kanak-kanak yang mengenakan kostum bertemakan Terima Kasih Frontliners ketika aktiviti mingguan, minggu lalu.

"Pendidikan awal kanak-kanak ni sangat penting. Sewajarnya dari kecil, ibu bapa perlu beri kebebasan untuk anak meneroka minat mereka tapi perlu dipantau atau guide.

"Selain itu dalam konteks ini juga, hubungan antara ibu bapa dan guru sangatlah penting demi perkembangan anak-anak. Jadi dua-dua pihak kena bekerjasama," ujarnya mengkahiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain