suria

Kasihan Dr Noor Hisham... tak pernah jemu beri nasihat, tapi hari ini mahkamah sesak - “Sedih melihat keadaan begini”

Dr Noor Hisham (kiri) menyuarakan kesedihan berhubung kesesakan yang berlaku di kompleks Mahkamah Tinggi, pada Selasa. Foto Bernama

KECOH mengenai kehadiran ramai penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Selasa, menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai risiko penularan Covid-19 dan mewujudkan kluster baharu.

Individu yang paling terkesan dengan keadaan tersebut sudah tentu Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang saban hari memerangi wabak bersama petugas barisan hadapan (frontliners), sejak pandemik itu melanda negara ini.

Setiap hari juga beliau sama ada menerusi sidang media yang disiarkan secara langsung mahupun kenyataan akhbar menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen 'berbulu' tengok ramai bersesak di mahkamah, doktor anggap sengaja cari pasal - "Tak nak ada Kluster Bossku pula, pengsan nak kesan"

ARTIKEL BERKAITAN: Kluster baharu seperti bara yang membakar, Dr Noor Hisham beri amaran gelombang ke-3 boleh berlaku jika SOP tidak dipatuhi

Tujuan beliau memberi nasihat hanya satu, mahu rantaian Covid-19 dapat diputuskan di negara ini dan seterusnya mencapai angka sifar bagi kes jangkitan.



Najib tiba di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur berhubung kes RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Menerusi akaun Twitter rasmi beliau pada petang Selasa, Dr Noor Hisham menyentuh mengenai ketidakpatuhan orang ramai di kompleks mahkamah untuk mengamalkan penjarakkan sosial.

"Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakkan selamat sekurang-kurangnya satu meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan.

Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakkan selamat sekurang-kurangnya satu meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan.

DR NOOR HISHAM ABDULLAH

"Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri," tulis beliau menerusi akaun Twitter @DGHisham.

Beliau merujuk kepada laporan Bernama mengenai kebimbangan kluster baharu yang boleh dicetuskan ekoran kesesakan di kompleks Mahkamah Tinggi, pagi Selasa.



Luahan Dr Noor Hisham di Twitter, petang Selasa.

Gambar-gambar yang memaparkan orang ramai berhimpun tanpa mematuhi penjarakkan sosial dan pematuhan SOP termasuk memakai pelitup muka dengan betul di luar kompleks mahkamah itu tersebar di media sosial.

Keadaan sesak itu menyebabkan polis terpaksa menggunakan pembesar suara untuk mengingatkan orang ramai yang hadir sejak awal pagi untuk mengikuti keputusan perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang melibatkan Najib, supaya mematuhi SOP dan memakai pelitup muka bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.

Pada Isnin, Dr Noor Hisham menyuarakan kebimbangannya mengenai ketidakpatuhan orang ramai terhadap SOP apabila semakin banyak kluster baharu dicatatkan sejak kebelakangan ini.

Beliau turut memberi amaran gelombang ketiga Covid-19 boleh berlaku di negara ini sekiranya SOP tidak dipatuhi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain