suria

Niat nak kongsi normal baharu selepas PKP, tapi bibir remaja ini pula dipersoal – “Bukan aku taruh lipstik merah menyala”

Emir ditegur gara-gara gambar selfie yang dirakamkan di dalam kereta. Foto Emir Haqim Azahari

HANYA kerana sekeping gambar selfie, seorang pemuda ditegur mengenai penampilannya.

Semuanya gara-gara bibirnya kelihatan bersinar sehingga dipersoalkan sama ada jejaka itu memakai pelembap bibir atau lip balm.

"Post gambar selfie, orang komen 'pakai lip balm ke?', 'kenapa macam pakai lip balm?'. Jadi, kenapa? Bibir aku mudah kering sebab tu aku pakai.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat K-Pop bibir pink menyesal seminggu bertopeng di Korea Selatan sebab rasa rendah diri – "Saya akan kembali dengan lebih banyak gambar selfie"

ARTIKEL BERKAITAN: Video 25 saat tunjuk six pack bawa padah, pemuda jadi mangsa body shaming – "Perempuan Melayu tak suka orang lain tengok boyfriend mereka"

"Bukan aku taruh lipstik merah menyala," luah seorang pemuda dengan nada kesal menerusi laman Twitternya, sehingga menjadi tular.



Luahan Emir di laman Twitter.

Pemuda berkenaan, Emir Haqim Azahari berkata, gambar selfie tersebut sebenarnya disertakan dengan kapsyen mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menerusi foto tersebut, remaja berusia 18 tahun itu mahu menyampaikan mesej bahawa fasa seterusnya dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu menunjukkan masyarakat mula membiasakan diri dengan normal baharu seperti pemakaian penutup hidung dan mulut.

"Kapsyen yang saya tulis tu panjang berjela mengenai PKPP, tentang normal baharu dan pematuhan SOP (prosedur operasi standard).

"Gambar selfie saya tu biasa-biasa saja. Alih-alih bibir saya pula yang jadi tumpuan. Tanya saya betul ke pakai lip balm macam mereka rasa pelik dan salah," katanya kepada mStar.



Bibir Emir menjadi tumpuan menerusi foto selfie.

Bagi Emir, pelembap bibir bukan alat perhiasan untuk kelihatan cantik seperti wanita, sebaliknya ia bertujuan untuk rawatan bagi bibir yang mudah kering.

"Sama ada lelaki atau perempuan, sesiapapun boleh pakai lip balm kalau bibir mereka cepat kering. Lainlah kalau saya calit lipstik merah, bolehlah kalau mereka rasa nak marah.

"Ada yang sekadar bertanya tu okay. Tapi ada yang mempersoalkan kenapa saya pakai lip balm. Saya ada jawab di ruangan komen, cukup untuk mereka baca dan fahamkan," ujarnya yang berasal dari Gombak, Selangor.



Posting Emir mengenai PKPP dan normal baharu.

Menurut Emir, mungkin segelintir pihak berpendapat bahawa wajah lelaki seharusnya dibiarkan secara semula jadi tanpa penggunaan produk kesihatan atau kecantikan.

Anak kedua daripada tiga beradik itu mengakui mengalami masalah bibir mudah kering sejak 2018 tetapi baru menggunakan pelembap bibir pada awal tahun ini.

Bergantung kepada niat kita sebenar kenapa nak pakai lip balm. Adakah sebab kita nak kasi bibir tu nampak merah, bersinar atau memang untuk mengelakkan bibir daripada kering dan merekah

EMIR HAQIM AZAHARI

"Bila bibir mudah kering, kulit bibir akan merekah dan menyebabkan kita secara tidak terkawal akan mengopek sehingga mengakibatkan luka.

"Bibir saya pernah berdarah sebab kulit kering terkopek. Nak makan pedih terutama masa rasa masakan yang pedas. Orang ada masalah bibir kering saja tahu macam mana rasa pedihnya," tambahnya.



Emir bersama ibu bapanya.

Emir berkata, wajah itu merupakan anugerah Allah, maka ia seharusnya dijaga dengan baik tanpa niat untuk mengubahkanya.

"Lip balm tu lebih kepada merawat dan menjaganya dengan baik. Bila bibir elok akan membuatkan kita lebih yakin berhadapan dengan orang ramai. Bukannya sebab bibir elok, baru nak selfie.

"Tapi at the end of the day, ia bergantung kepada niat kita sebenar kenapa nak pakai lip balm. Adakah sebab kita nak kasi bibir tu nampak merah, bersinar atau memang untuk mengelakkan bibir daripada kering dan merekah," katanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
lip balm, selfie, bibir, lipstik, PKP, PKPP, normal baharu,

Artikel Lain