suria

Akak baju putih bawa kad hijau igauan ngeri setiap murid, ada yang terpaksa dikejarkan ke hospital - “Aku orang pertama menangis”

Ramai berkongsi kisah lucu mereka sewaktu menjalani pemeriksaan dan rawatan gigi suatu ketika dahulu.

BERCERITA mengenai zaman persekolahan, setiap individu pastinya menyimpan pelbagai kenangan sepanjang bergelar pelajar.

Malah jika diimbas semula, banyak perkara yang dilakukan pada waktu itu akan membuatkan kita tersenyum sendiri sambil mengenang semula kenangan-kenangan lama.

Begitu juga dengan satu perkongsian tular di Twitter mengenai kehadiran jururawat dan doktor untuk memberi suntikan vaksin serta pemeriksaan gigi bagi pelajar sekolah yang mana ia disifatkan sebagai satu mimpi ngeri.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak geng lelaki melepak rupa-rupanya senario ngeri buat pelajar perempuan - “Memang kaki aku automatik cari tangga lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 hari masuk sekolah, ibu hairan tengok duit belanja anak ‘beranak’... rupa-rupanya hasil jual belalang

Dikongsi oleh seorang pelayar Twitter dikenali sebagai @mirraass, posting itu sehingga kini menerima lebih 7,300 ulang kicau (Retweet).

Lebih menghiburkan, ramai netizen tampil dengan pelbagai kisah 'throwback' mereka sewaktu zaman sekolah dahulu.

Menurut Aisa Shafiqa, berlaku satu kejadian sewaktu dia berusia 11 tahun sehingga memaksa dia dikejarkan ke hospital.

Netizen di Twitter berkongsi pelbagai kisah lucu sewaktu mereka bergelar pelajar. Gambar hiasan

"Aku takut dentist. Sebab masa darjah 5 aku kena panggil nak tampal gigi. Entah macam mana nurse tu tercucuk bawah lidah aku bai.

"Sakit berdarah tak henti-henti. Dah kejar pergi hospital jahit bawah lidah. Meraung aku dalam bilik tu," dedah gadis itu.

Selain itu, ada juga yang berkata mereka menangis ketakutan biarpun belum dipanggil masuk untuk menjalani pemeriksaan dan diberi suntikan.

Aku seorang je ke suka bila mereka sampai? Sebab boleh keluar kelas lepas tu tak payah pergi klinik gigi, jimat duit.

PELAYAR TWITTER

"Kalau cucuk tak apa lagi tapi kalau tiba-tiba akak pakai baju putih bawa kad hijau ketuk pintu kelas tu sumpah nak lari.

"Tiap kali dia datang bawak buku hijau depan kelas tu, terasa macam malaikat Raqib dan Atid datang depan kelas.

"Aku orang pertama menangis dalam kelas bila dapat tahu benda ni," tulis beberapa individu.

Posting yang tular di laman Twitter.

Selain takut, ada juga yang menganggap sesi pemeriksaan gigi dan suntikan di sekolah sebagai satu peluang keemasan untuk mereka merayau dan tidak masuk ke dalam kelas.

"Aku seorang je ke suka bila mereka sampai? Sebab boleh keluar kelas lepas tu tak payah pergi klinik gigi, jimat duit.

"Dulu aku suka. Tak payah masuk kelas. Siap melencong ke tempat lain lagi sama teman-teman," tulis beberapa netizen lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain