suria

Video jejaka berbaju Melayu 'takut-takut' berdepan biawak curi perhatian, tak pasal-pasal jadi ‘buruan’!

Video melibatkan pemuda ini menjadi perhatian dan dibanjiri dengan pujian warga media sosial sejak ia dikongsi pada Isnin.

SEGAK berbaju Melayu lengkap dengan sampin, aksi seorang jejaka yang menyelamatkan seekor biawak ternyata mencuri tumpuan ramai pelayar media sosial.

Dalam video tular yang dikongsi akaun Twitter @SenawangTV, satu tin besi, dipercayai tin sardin terlekat pada bahagian mulut haiwan berkenaan.

Ia bagaimanapun bebas dari seksaan selepas dibantu jejaka berkenaan dalam beberapa percubaan di lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dukung Biawak, Bukan Suami Orang!”

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Gadis single kerja kerajaan diminta kahwini lelaki sejati, bukan ‘biawak jantan tak guna’

"Sebab tu kita tak boleh buang sampah merata. Biawak ni boleh mati kerana sukar bernafas atau tak boleh makan.

"Apa pun terbaiklah bro kacak berbaju raya ni," tulis pengendali Twitter itu sehingga menerima 12,300 ulang kicau (Retweet).

Dalam pada itu, ramai netizen turut membanjiri posting itu dan mengucapkan syabas atas sikap yang ditunjukkan.

Paparan skrin rakaman tular berkenaan.

Dimuat naik pada hari raya kedua, video itu sehingga kini masih menjadi menjadi perhatian ramai sehingga meraih lebih 150,000 tontonan.

"Semoga seluruh ahli keluarga brother itu dirahmati Allah. Besar pahala dengan haiwan. Esok di akhirat akan jadi pembantu untuk masuk syurga.

"Terbaik bro. Hanya Allah yang selayaknya membalas jasa baik anda. Biawak tu pun pasti doakan kebaikan untuk kau.

"Weh terkedu biawak tu tiba-tiba cerah masa depan dia, tadi gelap," tulis seorang lagi netizen secara berseloroh.

Animal Malaysia mencari pemuda ini untuk beri anugerah 'Noble Animal Malaysia' atas usaha murni walau kelihatan dia takut-takut bantu biawak yang bakal mati jika tidak ditanggalkan tin di muncung biawak.

PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

Dalam pada itu, usaha jejaka berkenaan turut mendapat pujian Persatuan Haiwan Malaysia.

Malah, mereka kini sedang mencari identiti jejaka berkenaan untuk diberikan anugera 'Noble Animal Malaysia' atas usaha murni yang dilakukannya.

"Pemuda yang bantu selamatkan haiwan walaupun hanya seekor biawak ketika dalam perjalanan berhari raya mendapat perhatian Animal Malaysia.

Ramai yang memuji tindakan jejaka ini menyelamatkan haiwan berkenaan.

"Siapa tahu di habitat ini ada anak-anak kecilnya yang masih perlukan susuan ibu atau makanan daripada bapanya.

"Animal Malaysia mencari pemuda ini untuk beri anugerah 'Noble Animal Malaysia' atas usaha murni walau kelihatan dia takut-takut bantu biawak yang bakal mati jika tidak ditanggalkan tin di muncung biawak," tulis pengendali Facebook itu.

Bagaimanapun, usaha mStar menjejaki identiti jejaka itu juga masih tidak berhasil.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain