suria

“Siap berak atas katil mak ayah” - Macam-macam aksi nakal Fingky, paling win ada buku catatan amal sepanjang Ramadan!

Akram mula membela Fingky sejak awal tahun ini selepas seekor lagi kucing miliknya mati pada tahun lepas.

KEHADIRAN haiwan peliharaan boleh dianggap sebagai penghibur dalam keluarga, namun ragam mereka kadang-kala membuatkan pemilik pening kepala.

Begitulah kisahnya melibatkan Amirul Akram Noor Hisham, apabila aksi-aksi nakal kucingnya yang dikongsi di Twitter menjadi tular dan mendapat perhatian ramai.

Mesra disapa Akram, dia mengakui baru sahaja membela kucing yang diberi nama Fingky sejak awal tahun ini

ARTIKEL BERKAITAN: “Oyen memang suka buat benda mengarut” - Pasang hazard light minta bantuan, pemilik akui kucingnya pelik... minum guna tangan

ARTIKEL BERKAITAN: Bagi kucing makan hari ini, esok dapat 2 tawaran kerja... Jejaka ini sungguh terkejut!

"Fingky sebenarnya kucing jalanan, ayah yang bawa balik. Jumpa dekat kawasan rumah masa awal tahun ni.

"Ia kucing yang baik dan nakal, tapi kami tak anggap ia sesuatu yang teruk pun. Yang saya kongsi di Twitter tu kebanyakannya apa yang Fingky buat sepanjang bulan Ramadan.

"Siap berak atas katil abang, tapi tu kali kedua sebenarnya. Masa hari pertama dibawa balik dulu, Fingky pernah berak atas katil mak ayah saya," ujar jejaka berusia 23 tahun itu kepada mStar.

Akram mula membela Fingky pada awal tahun ini.

Dalam perkongsian di Twitter, beberapa siri foto memaparkan aksi nakal haiwan itu yang merosakkan fon telinga, memecahkan pasu bunga, merosakkan bungkusan roti dan macam-macam lagi.

Dedah Akram, paling nakal tentunya sewaktu haiwan itu melompat dan berpaut di langsir sehingga ia terbuka dari cangkuknya.

"Fingky juga pernah beberapa kali terperangkap atas bumbung rumah jiran, terperangkap dalam stor. Sampaikan kadang-kadang kami risau dan sedih.

Memang rapat dengan Fingky sebab saya yang cuci tempat dia berak, bagi makan. Siap cabut isi ikan untuk ia makan.

AMIRUL AKRAM

PELAJAR UiTM

"Tapi paling nakal masa ia melompat pada langsir sehingga ia terbuka. Bila saya kongsi di Twitter, ada yang cakap ia kucing dari neraka," ujarnya berseloroh.

Namun kata Akram, dia tidak pernah ambil hati atas aksi-aksi nakal kucingnya malah menganggap ia satu hiburan sahaja.

Ujarnya lagi, dia cukup rapat dengan haiwan itu khususnya selepas pemergian seekor lagi kucingnya yang diberi nama Oyen pada tahun lalu.

"Saya tak rasa Fingky ni teruk sangat, kucing yang sebelum ni lagi nakal. Tapi Oyen dan tiada, mati pada tahun lepas.

Antara aksi nakal Fingky.

"Memang rapat dengan Fingky sebab saya yang cuci tempat dia berak, bagi makan. Siap cabut isi ikan untuk ia makan," ujar penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor itu.

Dalam pada itu, posting Akram mengenai 'buku catatan amal kucing aku' di Twitter menerima hampir 17,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen netizen yang mengakui terhibur melihat aksinya dan turut berkongsi kisah kucing masing-masing.

Kehadiran Fingky dianggap sebagai penghibur keluarga.

"Kucing aku macam-macam dah buat, phone tiga, empat biji dah kena kencing, televisyen dua biji rosak, vacuum satu rosak, tilam kena kencing muntah berak semua.

"My kucing also suka koyakkan roti Gardenia. Tak tahu lah kenapa jealous sangat nak pula yang baru beli.

"My cats selalu kacau masa solat, masuk dalam kain telekung, nak sujud dia ada kat depan, nak rukuk dia pergi tarik-tarik telekung. Ya Allah habis solat aku cubit-cubit dia," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Fingky, Amirul Akram, kucing, nakal

Artikel Lain