suria

Rider paling ‘masyuk’ ditemui! Pelanggan terkejut dengar ngauman Harley Davidson depan rumah - “Ada yang ambil gambar dengan papa”

Ayu memberitahu bahawa bapanya merupakan pencinta motosikal, terutama berkuasa tinggi.

TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah menjangkau sebulan lebih pastinya membuatkan kita rindukan kehidupan normal.

Ada yang rindu untuk lepak di mamak bersama rakan-rakan, ada yang mahu bermain bola sepak setiap petang dan ada juga yang 'gian' untuk membeli-belah.

Bagi seorang lelaki, dia sangat rindu untuk menunggang motor Harley Davidson kesayangannya sehingga sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Hendak 1000 daya! Wanita hamil terkejut jurugambar ajak buat photoshoot online... hasilnya wow tak dijangka

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki jual tudung sangkut di handle motor kongsi kisah sayu... plan tak menjadi, pulang awal sebab malu - “Tak ada orang beli...”

Ketika dihubungi mStar, anak perempuan kepada lelaki tersebut, Ayu Syarafana, memberitahu bahawa bapanya, Ibnu Robi, 55, mula bekerja sebagai penghantar makanan sejak PKP dikuatkuasakan.

"Papa ada bengkel motor Harley Davidson dan kedai sate di Kota Kinabalu. Disebabkan PKP, kedua-dua kedai tidak beroperasi seperti biasa.

Video yang dimuatnaik rakan Ayu mendapat perhatian warga Twitter.

"Perniagaan sate masih diteruskan tetapi hanya cash on delivery. Papa jadi rider Foodpanda untuk cari pendapatan sampingan," ujar Ayu yang berusia 16 tahun.

Mengulas lebih lanjut mengenai video yang tular mengenai bapanya menunggang Harley Davidson, Ayu memberitahu bahawa bapanya biasanya menggunakan motosikal lain untuk kerja harian.

Bila dia hantar makanan guna Harley Davidson, ada pelanggan yang rakam video dan ambil gambar bersama papa.

AYU SYARAFANA

ANAK

"Pada kebiasaannya, papa guna skuter untuk kerja sebagai rider Foodpanda. Kadang-kadang saja dia guna Harley Davidson.

"Bila papa nak panaskan enjin sebab motor tak bergerak, dia guna motor besar untuk hantar makanan. Dia pun ada cakap rindu nak tunggang motor besar.

Ayu memberitahu sekali-sekala bapanya menggunakan motor berkuasa tinggi untuk menghantar makanan.

"Kawan-kawan papa pun sekarang ada juga yang bekerja sebagai rider Foodpanda sewaktu PKP ni," jelas Ayu lagi.

Dalam pada itu Ayu turut mengakui ada pelanggan yang pelik dengan kehadiran bapanya yang menghantar makanan menggunakan motor Harley Davidson.

"Bila dia hantar makanan guna Harley Davidson, ada pelanggan yang rakam video dan ambil gambar dengan papa.

Ayu memberitahu dia kerap menemani bapanya untuk pergi ke acara motosikal di sekitar Sabah. Foto: Instagram @ayu.syarafana.

"Mereka terkejut kerana ini merupakan kali pertama mereka tengok rider Foodpanda menggunakan Harley Davidson," beritahu anak ketiga daripada lima beradik itu.

Ayu juga memberitahu bahawa bapanya itu merupakan pencinta motorsikal berkuasa tinggi sejak dia masih kecil.

"Kalau papa keluar dengan kawan-kawan mesti dia akan bawa Harley Davidson.

Keluarga Ayu mempunyai sebuah perniagaan iaitu Satay Jawi yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.

"Papa selalu konvoi dengan kawan-kawannya. Paling jauh pernah sampai ialah Manila, Filipina dan Kalimantan, Indonesia," ujar Ayu yang menetap di Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Video berdurasi 57 saat yang dimuat naik oleh rakannya di Twitter melalui akaun @dannylleam sehingga kini menerima lebih daripada 52,000 tontonan dan 4,200 tanda suka daripada netizen.

"Food Panda paling kaya ni sebab boleh letak banyak makanan kat belakang," tulis seorang pengguna Twitter.

"Tak balik modal kalau pakai motor ni buat Food Panda," ujar seorang pemuda.

"Senang customer lepas ni, dengar je bunyi motor dah boleh agak Food Panda sampai depan rumah," tambah netizen lain.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain