suria

“Dia mesej kejut saya sahur” - Hantar ramen momen terakhir bersama BFF, gadis sebak BFF maut langgar lari semasa COD makanan

Siti Nurul Jannah Hanisah Mohd Hyder meninggal dunia akibat kejadian langgar lari pada Sabtu lalu.

SEGALA perancangan kini tinggal kenangan.

Begitulah kisah pilu dihadapi Nurul Husna Aini Mohd Hamdan apabila rakan karibnya meninggal dunia akibat kejadian langgar lari pada Sabtu petang.

Mesra disapa Una, dia berkata kejadian pada hari kedua Ramadan melibatkan Siti Nurul Jannah Hanisah Mohd Hyder cukup memberi kesan buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayam punca kemalangan! Gadis terpaksa dibedah 3 kali, muka tertusuk cermin mata ketika edar taqwim bantu keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiba-tiba badan terasa melayang” - Pelajar kesal pemandu tak bertanggungjawab, selepas langgar terus pecut!

"Kami kenal sewaktu masuk tingkatan enam. Saya dapat tahu dia meninggal dunia pada sebelah malam, rakan sekelas yang maklumkan.

"Tak percaya yang dia dah pergi. Macam susah nak terima kenyataan. Kenangan banyak sangat... susah senang kami belajar tingkatan enam dulu.

"Selalu lepak rumah dia, masak-masak. Dia kena langgar lari masa buat penghantaran (COD) makanan. Dia berniaga nasi biryani," ujar Una kepada mStar.



Posting Una mengenai sahabatnya di Twitter.

Menurut Una, arwah ada berkunjung ke rumahnya dua hari sebelum meninggal dunia.

Pada waktu itu, mereka hanya sempat berbual ringkas sahaja selama lima minit.

"Dua hari sebelum dia pergi buat selamanya, dia ada datang rumah saya. Bagi makanan, sebab saya dah lama teringin nak makan ramen.

Terkilan sebab masa hari dia meninggal, dia ada mesej kejut saya sahur. Tapi saya tak sahur dan balas mesej dia agak lambat.

NURUL HUSNA AINI MOHD HAMDAN

RAKAN

"Dia datang sekejap je dalam lima minit. Borak-borak macam tu.

"Terkilan sebab masa hari dia meninggal, dia ada mesej kejut saya sahur. Tapi saya tak sahur dan balas mesej dia agak lambat," ujar Una sebak.

Katanya lagi, mereka yang masing-masing berusia 20 tahun sudah merancang untuk bekerja katering bersama selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Una mengakui sedih dengan pemergian rakannya itu.

Kata pelajar Kolej Komuniti Taiping itu, pelaku kes langgar lari melibatkan kawannya dalam kejadian di Sungai Siput, Perak itu masih belum ditangkap.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan pada Ahad sekitar pukul 11 pagi.

Dalam pada itu, nukilan sayu Una mengenai sahabatnya itu turut menjadi tular di Twitter.

Posting itu sehingga kini menerima lebih 15,000 ulang kicau (Retweet) dan dihujani komen-komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
langgar lari, rider, COD, kawan baik, ramen

Artikel Berkaitan

Artikel Lain