suria

“Tiba-tiba badan terasa melayang” - Pelajar kesal pemandu tak bertanggungjawab, selepas langgar terus pecut!

Aiman menunjukkan kecederaan yang dialami selepas dilanggar lari oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab.

MALANG tidak berbau, itulah peribahasa yang sesuai buat seorang pelajar selepas mengalami kecederaan akibat dilanggar lari oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab.

Mengimbas kembali insiden yang berlaku pada Jumaat malam, Muhammad Aiman Ahmad, 22, memberitahu segalanya berlaku begitu pantas.

Pelajar tahun akhir jurusan Ukur Bahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini bagaimanapun bersyukur kecederaan yang dialaminya itu tidak terlalu serius.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam kembar hilang adik, sahabat dilanggar lori depan mata... Dia sempat pesan, “kalau aku tak ada tolong tengokkan mak ayah”

“Kejadian berlaku lebih kurang 8 malam (Jumaat) ketika saya dalam perjalanan dari rumah di Kinrara menuju ke IOI Mall di Puchong.

“Seperti biasa saya menunggang motosikal dan berada di laluan tengah sebelum masuk ke ‘lane’ kanan.

Salah seorang kawan Aiman berkongsi mengenai kemalangan di laman Twitternya.

“Belum pun sempat saya menukar laluan, tiba-tiba terasa badan melayang. Motosikal saya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan dalam keadaan laju.

“Lebih kurang dua tiga saat juga saya tidak sedarkan diri dan tak sempat melihat kenderaan yang langgar saya itu. Kereta itu terus pecut selepas langgar saya,” kongsinya kepada mStar.

Lebih kurang dua tiga saat juga saya tidak sedarkan diri dan tidak dapat melihat kenderaan yang melanggar motosikal saya.

MUHAMMAD AIMAN AHMAD

Mangsa Langgar Lari

Aiman memberitahu, dia bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius atau patah mana-mana bahagian badan.

“Ada orang tolong saya selepas itu. Bahu, lutut koyak namun nasib baik tidak ada yang serius. Ibu bapa saya memang terkejut selepas dapat tahu saya kemalangan.

“Saya memang bernasib baik kerana masih boleh berjalan dan InsyaAllah minggu depan (Selasa) akan kembali ke kelas selepas cuti semester berakhir.

Aiman turut membuat laporan polis berkaitan kemalangan yang dialaminya pada Jumaat. Foto: Twitter Najmi

“Cuma saya rasa terkilan kerana pemandu yang melanggar saya itu langsung tidak berperikemanusiaan. Lepas langgar terus lari,” jelas anak sulung daripada tiga orang adik beradik ini.

Menurut Aiman, dia berkongsi gambar kemalangannya itu di ‘group’ WhatsApp.

“Kawan saya dalam group tu, Najmi Parapat membuat perkongsian di laman Twitter.

“Saya sendiri terkejut ramai yang memberi respon dan mendoakan saya supaya cepat sembuh.

Sebahagian komen warga Twitter mengenai posting berkaitan kemalangan Aiman.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin terhadap insiden ini termasuk pensyarah yang sanggup teman saya ke balai polis buat laporan.

“Saya juga berharap kepada semua rider agar berhati-hati menunggang motosikal.

“Penunggang seperti kita ini sentiasa terancam dengan pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Langgar lari, pelajar, motosikal

Artikel Lain