suria

Helah licik isteri ketika sekolah rendah satukan cinta pasangan ini ke jenjang pelamin, suami akui tak mudah nak kekal 14 tahun

Perkenalan di sekolah rendah membawa cinta pasangan ini ke jenjang pelamin pada tahun 2018.

MULA berkenalan sewaktu masih belajar di sekolah rendah, siapa sangka hubungan mereka akan berkekalan sehingga ke jenjang pelamin.

Begitulah yang dikongsikan seorang jejaka di laman Twitter sehingga kisah dia dan isteri disifatkan netizen sebagai relationship goal.

Bercerita kepada mStar, Syed Muhammad Syed Abdullah, 24, mengakui mula berkenalan dengan isterinya sewaktu mereka sama-sama menuntut di Sekolah Islam Adni, Ampang, Selangor sekitar 14 tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta monyet zaman sekolah berakhir di pelamin, gadis sukar percaya kini dah bersuami - “Dari dulu bukan tak ada bergaduh... ada je”

ARTIKEL BERKAITAN: Pandangan pertama di kantin sekolah berakhir di pelamin impian, pengantin lelaki rancang semuanya... ambil masa setahun!

Lebih mesra disapa Habib, kisah cinta monyet antara dia dan Nurul Hana Batrisyia Lokman, 25, berkekalan sehinggalah mereka mendirikan rumah tangga pada 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Syarifah Maryam Jazzmyn pada Oktober tahun lalu.

"Cerita kami agak unik. Masa sekolah rendah, saya minat seorang budak perempuan dan saya tahu dia rapat dengan isteri saya.

"Dia claim boleh tolong dapatkan nombor telefon budak tu. Jadi saya dapat nombor telefon dan saling berhubungan.

Posting Habib yang tular di Twitter.

"Kami bermesej sampai suatu hari saya call, rupanya itu isteri saya, bukan budak yang saya minat tu. Bermula dari situ kami berkawan, habis sekolah saya mesej mak ayah dia minta kebenaran nak berkawan serius," ujarnya.

Menurut ahli perniagaan dan pembangun aplikasi itu, bukan senang untuk bersama dalam tempoh yang lama namun persefahaman menjadi kunci utama mereka kekal sehingga ke hari ini.

Saya suka ambil cabaran. Misalnya kahwin awal masa umur 22 tahun. Ambil risiko kahwin awal untul galas tanggungjawab dan ada komitmen.

SYED MUHAMMAD SYED ABDULLAH

AHLI PERNIAGAAN/PEMBANGUN APLIKASI

Malah katanya, biarpun sudah menjalin cinta sewaktu di bangku sekolah, mereka begitu mementingkan aspek akademik dan tidak mahu kisah cinta menjejaskan prestasi pelajaran.

"Tak senang nak sampai ke 14 tahun, kalau dalam hubungan, the power of listening sangat penting.

"Kena lalui perkara sama-sama, kongsi visi sama. Bercinta pun kami masih pentingkan akademik.

Pasangan ini berkahwin pada 2018.

"Saya suka ambil cabaran. Misalnya kahwin awal masa umur 22 tahun. Ambil risiko kahwin awal untul galas tanggungjawab dan ada komitmen," katanya lagi.

Menurut Habib, dia juga bersyukur apabila kisah yang dikongsikannya di Twiter menerima reaksi positif orang ramai.

Sekadar berkongsi secara suka-suka, posting itu sehingga kini menerima lebih 13,800 ulang kicau (Retweet) menerusi platform media sosial itu.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain