suria

“Baru nak lelap mata, tiba-tiba ada ‘makhluk’ halus merayap...” - Pengalaman ngeri menginap di Melaka, sampai ada yang cadang bakar hotel

Seorang lelaki berkongsi pengalaman 'ngeri' ketika menginap di sebuah hotel di Melaka, baru-baru ini. (Gambar sekadar hiasan)

LAZIMNYA, perkara yang diutamakan oleh kebanyakan orang sebelum menempah bilik di sesebuah hotel semestinya harga yang ditawarkan.

Tetapi ada juga yang mudah terpedaya dengan gambar hiasan serta dekorasi bilik hotel yang dipaparkan di internet.

Sebenarnya perkara yang tidak patut diabaikan sebelum membuat tempahan bilik hotel adalah ulasan orang ramai atau ‘review’, yang mana ia menghimpunkan pengalaman pengunjung di lokasi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami sibuk berceramah cemas, isteri hantar mesej ketakutan bilik hotel diceroboh - “Tombol bergerak-gerak, kemudian pintu terbuka...”

ARTIKEL BERKAITAN: Nak cabut pokok terbiar, tapi tak jaga mulut, sudahnya 6 jam ‘hadap’ gangguan! Bunyi mengilai pada mulanya disangka makcik ketawa

Daripada ulasan tersebut, pengunjung akan mendapat serba sedikit gambaran mengenai keadaan sesebuah hotel sebelum membuat pertimbangan untuk menempah.

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi pengalaman ngeri diganggu 'makhluk' halus ketika bermalam di sebuah hotel di Melaka, yang mana mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada sesiapa sahaja bagi mengelak berdepan kejadian yang sama.

Posting Usaid mengenai pengalamannya menginap di sebuah hotel menjadi tular di Twitter. 

Menerusi satu bebenang di Twitter, lelaki bernama Usaid Subki berkata, dia berdepan pengalaman tersebut minggu lalu ketika cuti umum sempena Tahun Baharu Cina.

Sebelum itu, dia menempah satu bilik di sebuah hotel di Melaka menerusi Agoda, iaitu laman web yang menyediakan khidmat tempahan hotel secara dalam talian.

Usaid berkata, ketika tiba di hotel berkenaan dan memasuki bilik penginapannya, semuanya kelihatan normal kecuali perabot dan dinding bilik yang kelihatan agak lama.

Sehinggalah ketika isteri dan anaknya melelapkan mata, dia terperasan kelibat 'makhluk' halus merayap di atas katil mereka.

Usaid berkongsi pengalaman ngeri ketika menginap di sebuah hotel menerusi satu bebenang di Twitter. 

“Anak dan isteri saya sudah tidur kerana kepenatan. Baru sahaja saya nak lelapkan mata, tiba-tiba kelihatan ada 'makhluk' halus merayap. Pepijat! Saya terus kutip dua tiga ekor pepijat, takut ia gigit anak dan isteri saya.

“Saya buat carian di Facebook dan Google. Rupa-rupanya pernah viral sebelum ini bahawa ia hotel yang penuh dengan pepijat. Malahan, ada sekeluarga yang menginap di situ kena gigit. Baby pun kena sekali, habis merah satu badan.

“Ada yang sampai terpaksa ke klinik selepas tidur di hotel ini. Ada yang kata dia tukar bilik lain, tapi masih sama. Pepijat masih ada,” tulisnya.

Baru sahaja saya nak lelapkan mata, tiba-tiba kelihatan ada 'makhluk halus' merayap. Pepijat! Saya terus kutip dua tiga ekor pepijat, takut ia gigit anak dan isteri saya.

USAID SUBKI

PELANGGAN 

Menurut Usaid, dia kemudian memutuskan untuk membuat tempahan bilik di hotel lain juga menerusi aplikasi sama kerana tidak sanggup berdepan dengan ‘serangan’ itu.

“Rupanya kalau dah selepas pukul 12 tengah malam, dah tak boleh tempah hotel untuk hari sebelumnya. Walk in sahaja yang boleh, tapi musim cuti Tahun Baharu Cina ni harga pasti mahal.

“Jadi saya pasrahkan saja tidur di hotel itu. Dalam hati berdoa agar kami sekeluarga tidak digigit pepijat,” ceritanya.

Inilah rupa pepijat yang sempat dirakam berkeliaran di cadar katil bilik Usaid. 

Bagaimanapun, harapannya punah apabila tidurnya terganggu lagi dan kali ini dia menjadi mangsa kerana badan dan tengkuknya digigit pepijat!

“Kira-kira pukul 5 pagi, kami terus kemas barang. Saya tekad ingin menghubungi pihak atasan melaporkan perkara ini. Sebab dah ramai yang kena di hotel yang sama. Bulan ini sahaja dah ramai yang kena.

“Jauhi hotel ini. Kalau nak tempah hotel pun pastikan jangan baca review di Agoda sahaja, baca juga di Google.

“Alhamdulilah saya dah hubungi pihak atasan bahagian pelancongan. Mereka kata mereka ada ambush sebelum ini, kira-kira dua bulan lalu. Pihak hotel dah letak racun, tapi nampaknya masih berulang lagi. Mereka kata mereka akan ambush lagi.

“Saya dah hubungi pihak Agoda. Mereka kata mereka akan cuba dapatkan sebahagian refund dari hotel berkenaan. Nak dapat full refund mungkin susah kata mereka,” tulisnya lagi.

Antara komen netizen yang pernah melalui pengalaman yang sama di hotel tersebut. 

Perkongsian tersebut meraih sehingga 9,200 retweet dan 8,400 like. Sementara itu di ruangan komen pula, ada beberapa netizen turut berkongsi pengalaman ngeri mereka di hotel yang sama.

“… aku pun kena. Esok pagi aku bangun pergi receptionist, staf tu relaks je kata ‘oh yeke kalau macam tu tukar bilik boleh?’ Dia macam dah tahu bilik ada pepijat,” tulis seorang pelayar.

“Kedua-dua cawangan hotel ini di Melaka ada pepijat. Buat aduan pun staf mereka buat tak tahu je,” komen pelayar yang lain pula.

“Hotel ni memang famous dengan pijat. Masa nak check out semua orang complain ada pijat satu badan merah-merah… tak payah duduklah sini,” komen seorang lagi pelayar. 

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
hotel, Melaka, makhluk halus, pepijat

Artikel Berkaitan

Artikel Lain