“Tak kenal, tiba-tiba minta sponsor” - Influencer ada pengikut hampir setengah juta minta khidmat video kahwin free... maaf jurufoto tak minat! - Viral | mStar

“Tak kenal, tiba-tiba minta sponsor” - Influencer ada pengikut hampir setengah juta minta khidmat video kahwin free... maaf jurufoto tak minat!

Perkongsian Azraii mengenai tawaran tajaan itu menjadi tular di Twitter. (Gambar Hiasan).

"SAYA tak minat orang yang guna populariti untuk dapat benda percuma."

Demikian kata juruvideo dan jurugambar, Azraii Zulkiple setelah dia ditawarkan untuk menaja penghasilan video perkahwinan seorang influencer baru-baru ini.

Sebagai balasan, individu yang memiliki 418,000 pengikut itu akan membuat ulasan dan promosi mengenai perkhidmatan Azraii di laman Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur baru 19 tahun, influencer hadiah wang tunai RM10,000 untuk ibu - “Bukannya nak show off”

ARTIKEL BERKAITAN: “Semua sibuk nak jadi Influencer, semua benda nak senang” - Lebih 13,000 sign petisyen desak turun gred kertas Sejarah SPM dilabel ‘lembik’

Menurut Azraii, dia terkejut sebaik menerima mesej itu memandangkan dia langsung tidak mengenali influencer berkenaan.

"Saya terkejut dia hantar mesej di Instgaram. Saya tak kenal, tiba-tiba dia minta sponsor.

"Bukan niat saya nak buka aib apabila berkongsi mengenai hal itu. Saya pun tak dedahkan dia siapa. Saya kongsi supaya orang macam dia tak buat macam tu lagi.

Mesej yang diterima Azraii di Instagram.

"Saya pun tak tahu siapa pengikut dia. Mungkin tak kena dengan target market saya. Jadi tajaan tu tak memberi impak kepada saya," ujarnya kepada mStar.

Memiliki tujuh tahun pengalaman dalam bidang itu, Azraii ternyata kurang senang apabila ada yang mahu menggunakan khidmatnya secara percuma.

Selain kos peralatan kamera, dia juga perlu mengambil kira kos lain termasuklah untuk menyara diri sendiri.

Walaupun ada sampai 500,000 pengikut pun misalnya, kita tak tahu sama ada dia beli pengikut atau sebaliknya.

AZRAII ZULKIPLE

JURUVIDEO/JURUGAMBAR

"Saya faham konsep content creator. Tapi tak kenalah macam ni.

"Zaman sekarang nak jadi famous bukan jadi selebriti sahaja. Tunjuk diri kita yang menarik di internet pun boleh dapat pengikut.

"Walaupun ada sampai 500,000 pengikut pun misalnya, kita tak tahu sama ada dia beli pengikut atau sebaliknya," ujar anak kelahiran Selangor yang menawarkan khidmat video perkahwinan di seluruh Malaysia itu.

Azraii sudah tujuh tahun berpengalaman sebagai jurugambar dan juruvideo.

Sehingga kini, posting Azraii di Twitter menerima lebih 2,000 ulang kicau.

Selain berteka-teki mengenai identiti inluencer itu, netizen turut meninggalkan pelbagai komen di posting berkenaan.

"Cakap kat dia, hidup jangan biasa meminta-minta. Kalau tak ada, buat cara tak ada.

Antara foto yang dihasilkan Azraii sebelum ini.

"Kalau dah miskin sangat tak payah la demand sampai nak mengemis kat orang. Tak faham aku orang macam ni.

"Boleh je nak sponsor dia. Tapi dia kena buat perjanjian untuk promote atau review and make sure you dapat ramai customer and keuntungannya sama dengan harga pakej yang you sponsor kat dia. Win-win situation," tulis beberapa netizen.

Azraii Zulkiple , influencer , instafamous , tajaan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain