Gubah bunga duit RM10,000 untuk anak dapat 5A UPSR, florist dedah ini bukan kali pertama - “Tak terkejut pun, dah biasa sangat”

Muhammad Danish Haziq (tengah) menerima jambangan duit bernilai RM10,000 daripada ibu bapanya. FOTO: Rak Bunga Florist/Una Rushana.

KEPUTUSAN cemerlang setiap anak dalam akademik pastinya memberi kebahagiaan buat ibu bapa.

Selain ucapan tahniah, ibu bapa yang berkemampuan biasanya akan memberi imbuhan atas usaha gigih anak mereka.

Terbaharu, tular mengenai pasangan Nor Ashikin Ahmad Pauzai, 33, dan suami, Ihsan Fahmi Ishak, 43, yang memberi hadiah luar biasa sempena keputusan cemerlang 5A 1B anak mereka, Muhammad Danish Haziq dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berhenti kerja 'engineer' nak balik kampung berpantang dituduh tayang duit, “Tak sangka suami bagi banyak macam tu sekali gus”

ARTIKEL BERKAITAN: Berjauhan dengan suami, air mata isteri gugur dalam Mc'D kerana sampul tebal... mak mentua sanggup berlari stop kereta demi menantu!

Hadiah berbentuk gubahan wang bernilai RM10,000 itu ditempah pada Khamis dan menjadi perbualan hangat warga Facebook setelah ia dikongsi oleh pemilik Rak Bunga Florist, Una Rushana.

Menurut pengusaha yang mesra disapa Una itu, dia menerima tempahan daripada pasangan berkenaan pada Khamis lalu.

"Mereka memang regular customer saya. Memang kenal, saya juga pernah makan di kedai mereka.

"Sebelum ni suami dia pernah tempah gubahan duit untuk isterinya (Nor Ashikin). Kali ni mereka tempah untuk anak pula.

"Anak dia (Danish Haziq) memang baik, dia ada masa depan yang cerah," kata Una kepada mStar.


Posting tular di Facebook Una.

Menurut Una, tempahan gubahan bunga yang berkonsepkan wang kertas sebenar itu bukanlah perkara yang asing.

Jelasnya lagi, ia bagaikan menjadi satu trend di sekitar Alor Star, Kedah dan tempahan yang diterima juga semakin meningkat selepas kisah berkenaan menjadi tular.

"Sekarang ni trend di sini, tempah bunga duit. Tak terkejut pun dapat tempahan gubahan duit ni. Dah biasa sangat, biasa orang buat RM1,000 atau RM2,000.

"Setakat ni, ramai juga orang luar Kedah yang tanya. Ramai yang nak tempah, tapi kami setakat di Kedah sahaja," katanya yang sudah tiga tahun menjalankan bisnes berkenaan.

Tambah Una, ini merupakan kali kedua dia menerima tempahan bunga duit yang bernilai RM10,000.

Memetik laporan Harian Metro, pasangan suami-isteri itu mengakui bertungkus lumus mencukupkan wang berkenaan dalam tempoh tiga bulan.

Ini merupakan kali kedua Una menerima tempahan bunga duit bernilai RM10,000.

"Kami bukan keluarga senang. Saya dan suami menggunakan wang simpanan kami selain bertungkus lumus berniaga (kafe) bagi mencukupkan jumlah itu dalam masa tiga bulan.

"Alhamdulillah, keputusan Danish sangat memuaskan walaupun bukan 6A. Apabila kami beri wang itu terus dia kata nak simpan dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

"Kebetulan, semua anak kami masing-masing memang simpan wang simpanan mereka dalam akaun terbabit,” katanya.

Kata Ashikin lagi, dia sendiri menyaksikan kesungguhan anak ketiganya itu yang menelaah pelajaran sehingga tertidur sambil membaca buku.

"Kami berniaga sendiri dan banyak menghabiskan masa di kafe. Masa dengan anak-anak tiada. Jadi ini saja yang mampu kami beri," ujarnya.

 

Una Rushana, bunga duit, UPSR

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain