suria

Tweet Syed Saddiq bangga pandu Proton Inspira terpakai disindir ‘cakap tak serupa bikin’, abang menteri segera pertahan - “...kan dah malu!”

Tweet Syed Saddiq disindir netizen.

MENERUSI Twitter, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa bangga menggunakan kereta terpakai jenama Proton Inspira.

Dalam ciapannya itu, Syed Saddiq turut berdoa kepada Allah supaya dia tidak berubah.

"Bukan semua ahli politik gilakan wang dan kuasa. Saya masuk politik untuk bersihkan politik.

"Tanggungjawab besar yang diberikan oleh rakyat supaya saya jadi #yangberkhidmat," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai guna perkataan pondan” - Syed Saddiq nafi setiausaha transgender, ajak fokus isu rakyat

ARTIKEL BERKAITAN: “Stop fitnah dia, biarlah dia dengan dunia glamor” – Lelaki perjelas jantina individu tular bergambar dengan Syed Saddiq

Ciapan itu ditulis Syed Saddiq sebagai respons kepada satu posting dengan kapsyen 2019 and people still believe politicians.

Perkongsian tweet itu sehingga kini mendapat 6,500 ulang kicau (retweet) dan  11,200 tanda suka.

Posting Syed Saddiq mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Bagaimanapun respons Syed Saddiq berhubung perkara itu menjadi sindiran di netizen kerana cakap tidak serupa bikin.

Seorang pengguna Twitter turut memuat naik gambar Syed Saddiq memandu sebuah kereta jenama Honda City dalam ciapan tersebut dengan kapsyen 'Lawa Inspira YB'.

Malah tweet seorang wartawan mengenai gambar kereta Honda City sewaktu hari pertama Syed Saddiq memulakan tugaskan sebagai menteri pada 3 Julai 2018 lalu turut dikongsi semula netizen.

"Itu kereta saya, sekarang itu kereta ibu bapa saya. Malu terhadap anda kerana berkongsi maklumat palsu tanpa melakukan usul periksa.

SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN.

"Ini hari pertama... hari berikutnya... akan datang... ini semua wayang," kata Azizi.

"YB Syed Saddiq tahu tak beza Honda City dan Proton Inspira?," kata seorang pengguna Twitter.

"Ye ke pakai secondhand, bukan pakai Honda ke? Agak-agaklah nak tipu," tulis Attiff.

Netizen menyindir tweet Syed Saddiq.

Kecewa dengan reaksi netizen, seorang wanita tampil mempertahankan Syed Saddiq.

Pengguna akaun Siti Nurul Hidayah yang juga pembantu menteri itu berkata kereta Honda City yang tular di Twitter itu adalah kepunyaan Syed Abdullah yang juga abang kepada Syed Saddiq

"Itu kereta abang Syed Saddiq, masa abang dia di Dubai dia guna. 

"Sekarang abang dia dah balik, guna Inspira. Syed Saddiq memang suka Proton," katanya.

Sementara itu, Syed Abdullah tampil memberikan respons berkaitan perkara itu dengan mendedahkan bahawa kereta tersebut miliknya.

"Itu kereta saya, sekarang itu kereta ibu bapa saya. Malu terhadap anda kerana berkongsi maklumat palsu tanpa melakukan usul periksa.

Syed Abdullah tampil mempertahankan adiknya di Twitter.

"Tolong dapatkan fakta yang tepat, kan dah malu! Kereta Proton amat mengagumkan. Kami sentiasa menyokong kereta nasional," katanya.

Meskipun ramai mengecam tweet itu, beberapa netizen turut meluahkan sokongan mereka terhadap sikap merendah diri Syed Saddiq.

"Alhamdulillah. Moga Allah terus beri kekuatan kepada YB untuk istiqamah dalam perjuangan membela nasib rakyat. Aamiin," tulis Azam.

"Maybe he meant using Inspira as kereta Jabatan for work. Dia ada Honda City on his own. Hopefully YB kekal humble macam ni," kata Sha.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain