suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Memalukan! Tular video pemandu Honda gigih ikut rapat kereta hadapan elak bayar parking

Paparan skrin video tular menunjukkan seorang pemandu melakukan penipuan dengan tidak membayar caj parking. -foto FB

SIAPA yang tak suka barang atau perkhidmatan percuma, termasuklah parking free!

Malah, sebelum parkir kereta pun, ramai yang sanggup mencongak terlebih dahulu tentang berapa caj yang perlu dibayar nanti.

Bagaimanapun, seorang pemandu berjaya melepaskan diri daripada membayar caj parkir kereta dengan cara mengekori rapat kereta lain di hadapannya untuk melepasi palang.

Video tindakan lelaki itu dirakam melalui kamera belakang kereta yang diekorinya, dalam kejadian di pusat beli-belah Mid Valley baru-baru ini sebelum ia dikongsi di Facebook dan tular.

Kereta hitam jenis Honda dengan plat nombornya jelas terpampang dapat dilihat mengekori rapat kereta yang hendak keluar dari bangunan itu dari belakang.

Ketika kereta di depannya bergerak melepas palang, kereta hitam itu berjaya 'tumpang' lalu sebelum palang dijatuhkan semula.

Seorang netizen menganggap ini bukan pertama kali dilakukannya setelah menyedari terdapat kesan tampalan pada keretanya.

Memang benar ada banyak cara untuk mengelak daripada membayar caj tempat letak kereta atau membayarnya pada kadar murah, tetapi bukanlah dengan cara ini!

parking, palang, tipu

Artikel Lain