Ramai teka pemberian girlfriend, murid teruja dapat kejutan hadiah dalam kelas akhirnya buat drama air mata... jambangan coklat ‘cover’ muka! - Viral | mStar

Ramai teka pemberian girlfriend, murid teruja dapat kejutan hadiah dalam kelas akhirnya buat drama air mata... jambangan coklat ‘cover’ muka!

Tangkapan skrin video menunjukkan seorang murid menangis selepas mendapat hadiah kejutan hari jadi daripada ibunya, di kelas. Foto ihsan Nur Farra Aniesya Zoharizan

WARGANET menangis gara-gara sebuah video seorang murid lelaki mendapat kejutan hadiah hari ulang tahun di kelasnya.

Guru-guru dan rakan-rakan sekelas menjadi saksi drama air mata itu selepas menyedari hadiah sejambak coklat yang diterimanya merupakan pemberian ibu tercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 38 saat ibu nyanyi, anak ‘hati tisu’ tiba-tiba menangis lepas buli abang

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bayangkan kalau tak sempat...” - Cucu nangis bagai nak gila lihat neneknya tekun suap 6 anak usia lebih 50 tahun

“Hari ni mak aku nak buat kejutan hari jadi dekat adik bongsu aku ni. Tapi hari ni jugalah mak aku kena pergi kursus, jadi dia tak boleh nak join lah kan.

Muhd Nuqman Amsyar.

“Kemudian, selepas adik aku dapat hadiah, dia sebak pula. Adik aku ni memang fragile sikit kalau mak saya tak ada masa hari jadi,” menurut perkongsian seorang kakak di laman sosial Twitter, @farraaniesya.

Pengguna Twitter berkenaan, Nur Farra Aniesya Zoharizan berkata, insiden berlaku di Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi di Arau, Perlis pada hari lahir ke-11 adiknya, Muhd Nuqman Amsyar pada 26 September lalu.

Dek Man bersama hadiah daripada ibu dan kek hari jadi.

Gadis berusia 20 tahun itu memberitahu, ibunya terpaksa menghadiri kursus selama tiga hari dan adik bongsunya sedih kerana ia jatuh pada hari ulang tahunnya.

“Bila dapat tahu mak kena pergi kursus masa hari jadi dia, adik memang sedih. Tapi dia tak tahu mak sebenarnya dah rancang nak buat kejutan.

“Sehari sebelum mak pergi kursus, mak sanggup berjaga sampai kira-kira pukul 1 pagi sebab nak hias jambangan coklat kegemaran adik. Mak saya jenis yang suka tidur awal, tapi dia berjaga untuk adik,” katanya kepada mStar.

Mesej ibu mengenai rancangan untuk membuat kejutan hari jadi.

Nur Farra berkata, adiknya yang mesra dengan panggilan Dek Man tidak menyangka menerima kejutan daripada ibunya selepas rakan-rakannya menyebut beberapa nama perempuan apabila seorang guru meminta mereka meneka pemberi hadiah tersebut.

“Saya pernah ke sekolah adik dan masa tu ada beberapa murid perempuan cuba panggil dan mengorat adik, tak tahu pula adik saya ni ramai peminat.

Adik memang kuat menangis, kalau tengok drama sedih pasal ibu pun dia boleh menangis. Tapi biasanya adik selalu menangis kat rumah.

NUR FARRA

“Bila dalam video tu ada rakan-rakan teka beberapa nama pelajar perempuan yang beri hadiah tu, mungkin tu nama-nama secret admirer dia lah kot,” ujarnya sambil menambah ibunya, Azmirz Shafiai merupakan guru muzik di sekolah berkenaan.

Menurut Nur Farra, adiknya yang mudah sensitif dan manja dengan ibunya buat pertama kali menyambut hari lahirnya tanpa ibu di sisi.

Dek Man (kanan) bersama ibu tercinta.

Namun, kakak sulung kepada dua adik itu tidak menyangka Dek Man membuang rasa malu dengan mengalirkan air mata di hadapan guru-guru dan rakan sekelas.

“Selama ni adik memang kuat menangis, kalau tengok drama sedih pasal ibu pun dia boleh menangis, tapi biasanya adik menangis kat rumah.

Dek Man (tengah) bersama guru-guru dan rakan-rakan semasa sambutan hari ulang tahunnya di sekolah.

“Bila tengok adik menangis kat kelas, memang terkejutlah. Pasal rindu mama kesayangan dia, tak kisahlah ada girlfriend ke secret admirer ke, tak perlu cover menangis sebab itulah diri dia yang sebenar,” katanya yang kini menyambung pengajian dalam jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh di Ipoh, Perak.

Walaupu hati tisu, Nur Farra menyifatkan adiknya itu tetap kental, dan seorang kanak-kanak yang mendengar kata terutama keluarga dan guru-gurunya.

“Bab mendengar kata ni adik memang nombor satu walaupun dia kadang-kadang nakal dan aktif. Dia cukup disenangi rakan-rakan dan guru-guru,” katanya.

murid , hari jadi , guru

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain