Kucing tak ‘layan’ apabila dipanggil, rupa-rupanya tunggu orang lain, “Bunyi enjin motosikal semua siap berkumpul” - Viral | mStar

Kucing tak ‘layan’ apabila dipanggil, rupa-rupanya tunggu orang lain, “Bunyi enjin motosikal semua siap berkumpul”

Kucing-kucing jalanan ini setiap hari diberi makan oleh seorang pakcik.

BERBUAT baik bukan sahaja sesama manusia, sebaliknya haiwan juga layak menerima layanan yang sama.

Betul kata orang-orang tua bahawa haiwan kesayangan terutamanya kucing mempunyai sifat setia dan kenal siapa yang selalu memberinya makan.

Pengalaman seorang gadis tidak ‘dilayan’ sekumpulan kucing jalanan membuatkannya lebih faham sikap sebenar seekor kucing.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu benci, kini belai! Anak gembira bapa terima Moon dalam keluarga, setiap hari tanya 'dah makan ke belum'

Menurut, Alia Shahirah Rushdi, 24, walaupun dia seorang pecinta kucing, namun tidak semua kucing mahu mendekatinya.

“Semalam (Sabtu) saya membuat kerja sambilan di Sri Kembangan dan ternampak beberapa ekor kucing berkeliaran.

Alia berkongsi posting mengenai pakcik kucing di Twitternya.

“Jadi saya cuba panggil, namun tak diendahkan. Tiba-tiba datang seorang pakcik tua membawa makanan untuk kucing-kucing itu.

“Yang menariknya, ada lagi beberapa ekor yang menyorok sebelum ini dan terus pergi ke arah pakcik tu.

“Saya macam ‘impress’ dengan kucing-kucing tu kerana bunyi enjin motosikal pun mereka dah tahu siapa yang datang,” kongsinya kepada mStar.

Saya macam ‘impress’ dengan kucing-kucing tu kerana bunyi enjin motosikal pun mereka dah tahu siapa yang datang.

ALIA SHAHIRAH RUSHDI


Menurut Alia, walaupun dia sendiri ada memelihara kucing, namun apa yang dibuat pakcik itu sangat menyentuh hatinya.

“Saya ada bercakap dengan pakcik tu. Dia cakap selalu datang ke sini (Selangor Turf Club) untuk memberi kucing-kucing itu makan.


“Pakcik ada cakap dia tinggal berhampiran dengan tempat ni dan memang sudah menjadi rutin beri makan kepada kucing-kucing ini.

“Kadang-kadang ada juga dia bagi makan ayam rebus.

Setiap hari pakcik memberi makanan kepada kucing-kucing di sekitar Selangor Turf Club.

“Saya nampak semua kucing itu memang mesra dengan pakcik ni. Belum panggil, semua dah sampai kat kaki dia.

“Masa tu terdetik kat hati saya, 'kucing pun ada perasaan kasih sayang dan tahu menghargai’,” ujarnya.

Alia turut berkongsi rakaman video pakcik tersebut di Twitternya dan mendapat lebih 4,000 tontonan.

“Ramai juga yang member komen-komen mendoakan pakcik tu dimurahkan rezeki.

“Sebenarnya tak ramai yang mempunyai hati mulia separti pakcik itu. Saya sendiri berasa terharu dengan apa dilakukan ini,” tambahnya yang tinggal di Bangi, Selangor.

Pakcik , kucing

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain