suria

“Cikgu sekarang bukan betul sangat pun” - Guru dapat mesej, ‘parents’ anggap dirinya tak layak mengajar sebab tak ada anak

Antara kiriman mesej yang diterima guru lelaki berkenaan. FOTO: Twitter & VideoBlocks.

GURU ibarat lilin, membakar diri menerangi yang lain.

Begitulah ungkapan yang sering digunakan bagi menggambarkan tugas seorang guru dalam mendidik anak bangsa.

Malah, profesion dalam bidang pendidikan juga disifatkan sangat mulia dan disanjung tinggi anggota masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak saudara digantung sekolah, pakcik datang serang cikgu... Ini penjelasan PKHEM!

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas murid 'berjiran' dengan guru di wad... sebak tengok pengorbanannya, sakit pun gigih bekerja

Namun, lain pula ceritanya melibatkan guru lelaki ini yang mana dia menerima mesej mengejutkan daripada ibu bapa salah seorang muridnya.

Kisah guru itu dikongsi menerusi Facebook sebelum ia dimuat naik sekali lagi ke laman Twitter oleh seorang individu.

Aduhai, harap cikgu bersabar dan teruskan usaha murni untuk mendidik anak-anak ini.

NETIZEN

"Allahu... Terbaca perkongsian ini di 'muka buku' oleh seorang guru. Rendah sangatkan mentaliti kita? Menyedihkan," tulis pelayar Twitter itu dengan menyertakan dua paparan skrin mesej yang diterima guru pra sekolah itu.

Menerusi mesej yang dikongsi, individu berkenaan seolah-olah kurang yakin dengan kemampuan guru berkenaan memandangkan dia belum memiliki cahaya mata.

"Assalamualaikum. Saya ni parent salah seorang dari sekolah cikgu. Saya tahu cikgu mengajar pra. Bagus juga ye.

"Tapi saya dapat tahu cikgu tiada anak lagi. Sebenarnya cikgu, beza orang ada anak dengan tiada anak ni mendidik.

Mesej yang diterima oleh guru berkenaan.

"Macam mana ye cikgu nak didik anak-anak kecik ni? Cikgu tak layaklah sebab tiada anak.

"Macam manalah cikgu boleh jadi cikgu pra kan. Mulanya saya pandang tinggi, tapi lepas tahu tiada anak, saya tak rasa cikgu mampu mengajar anak kecil.

"Ini pandangan saya je cikgu. Saya kurang setuju bila lelaki tiada anak mengajar. Cikgu sekarang bukan betul sangat pun. Kes pedofilialah, apa lah. Harap cikgu berhati-hati," tulis individu berkenaan.

Dalam pada itu, beberapa pelayar Twitter turut meninggalkan komen berhubung perkongsian itu.

Mereka turut menggesa agar guru berkenaan bersabar menghadapi ibu bapa yang berfikiran sebegitu.

"Aduhai, harap cikgu bersabar dan teruskan usaha murni untuk mendidik anak-anak ini," tulis @NizamArchibald.

"Kena ada anak dulu ke baru boleh ajar anak orang? Haah sebab tu la budak budak sekolah sekarang perangai macam apa. Sebab parents "terdidik dan terbilang" dah ada anak so depa lebih tahu ajar anak macam mana," tulis seorang lagi netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain