Pengantin ‘tenggelam’ dek gelagat bridesmaid, konon nak pegang, cakar suami... “Kami acah-acah je, bukan nak mengurat pun” - Viral | mStar

Pengantin ‘tenggelam’ dek gelagat bridesmaid, konon nak pegang, cakar suami... “Kami acah-acah je, bukan nak mengurat pun”

Bella (kiri) terkejut gambar perkahwinannya yang memaparkan suaminya dikerumuni bridesmaid menjadi kritikan netizen. Foto instagram fitrin_ruslee

KECOH lagi mengenai bridesmaid apabila pengantin yang sepatutnya menyerlah kelihatan ‘tenggelam’ oleh kumpulan pengiringnya di majlis perkahwinan.

Lebih mengejutkan, apabila sekeping gambar di pelamin yang tular di media sosial menunjukkan gaya pengiring pengantin perempuan yang dianggap keterlaluan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali 'tragedi'! Selepas 5 bulan nikah, pengantin terkejut 'ditenggelamkan' pelamin, bridesmaid... Seminggu sebelum kahwin pun ada kisah tragis 

ARTIKEL BERKAITAN: “Dua-dua kena cermin diri” - Pengiring syok sendiri, overshadow pengantin... jurugambar akui ‘mencabar gila’

Gambar tersebut menunjukkan pengantin lelaki dikerumuni sekumpulan bridesmaid, dengan kedudukan pengantin perempuan yang sedikit jauh terpisah, sambil membuat mimik muka seperti tidak puas hati.

Gambar pengantin dan bridesmaid yang tular di media sosial. Foto instagram fitrin_ruslee

“Kalau jurugambar suruh tangkap gambar macam ni masa wedding I, balik tak ada kamera lah jurugambar tu,” kata seorang pengguna di laman sosial Twitter, sehingga postingnya diulang kicau lebih 16,000 kali.

Guys banyak je gambar yang cantik... cuma saya terkejut dengan gaya yang satu ni je sebab macam tak sopan. Kalau saya kat tempat pengantin perempuan tu saya mesti macam “Don't even get near my husband! (Jangan datang dekat suami saya!),” tambahnya di bebenangnya.

“Apa yang nak dicakarnya kak woi,” komen seorang netizen yang terkejut dengan aksi gambar bridesmaid di dalam gambar berkenaan.

“Tak sopannya posing diorang,” ujar netizen lain.

“I tak suka gurauan yang macam ni walaupun I tak kahwin lagi,” seorang netizen memberikan pandangan.

Perkongsian di laman sosial mengenai gambar pengantin bersama bridesmaid.

Susulan itu, pengantin perempuan tersebut, Fatin Nabila Mohd Saleh, tampil memberi penjelasan.

Kata wanita berusia 23 tahun itu, gambar yang tular telah dirakam atas persetujuan semua pihak termasuk bridesmaid, suami dan dirinya sendiri.

Saya buat mimik muka geram tu menceritakan seolah-olah bergurau apabila kawan-kawan (bridesmaid) cuma nak ambil gambar dengan suami saya je, tapi bukan dengan saya

BELLA

Menurutnya, semua pengiring merupakan sahabatnya yang dikenali semasa belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Jaya, di Selangor, 10 tahun lalu.

“Banyak gambar yang kami ambil di majlis perkahwinan, dan kami nak cari kelainan. Kami semua memainkan peranan masing-masing untuk bergaya.

“Saya tahu ada netizen kata bridesmaid sampai bergaya pegang paha suami, nak cakar bahagian yang tak sepatutnya. Kalau tengok gambar tu dengan teliti, mereka sebenarnya tak pegang apa-apa pun. 

“Kami acah-acah saja, bukannya betul-betul. Tapi, mulut netizen kan macam-macam, tak boleh nak tutup,” katanya kepada mStar.

Bridesmaid Bella merupakan sahabatnya yang dikenali sejak di sekolah menengah. Foto instagram fitrin_ruslee

Lebih mesra dengan panggilan Bella, dia menganggap gambar-gambarnya itu adalah kenangan di hari bahagianya bersama suami, Mohamad Azroul Abdul Aziz, 28, yang berlangsung dekat Bagan Datuk, Perak pada 21 Julai lalu.

“Ia juga sebagai tanda persahabatan saya bersama bridesmaid. Semuanya sekadar suka-suka.

“Saya buat mimik muka geram tu menceritakan seolah-olah bergurau apabila kawan-kawan (bridesmaid) cuma nak ambil gambar dengan suami saya je, tapi bukan dengan saya,” katanya.

Bella menganggap gambar-gambar perkahwinan bersama bridesmaid sebagai satu kenangan dan tanda persahabatan. Foto instagram fitrin_ruslee

Pembantu butik pengantin itu bagaimanapun tidak tersinggung dengan komen-komen netizen berhubung gambar perkahwinannya yang tular.

“Saya OK saja, tak berkecil hati pun. Cuma saya terkejut gambar tu tular dan ada yang komen keterlaluan sehingga mengaitkannya dengan perkara lucah," tambahnya.

Malah, Bella yang mengusahakan khidmat ukiran inai berpuas hati dengan gambar-gambar yang diambil oleh jurugambar profesional pada majlis perkahwinannya.

“Saya dengan suami dan kawan-kawan bridesmaid semua OK lepas tengok gambar-gambar. 

“Bukannya mereka nak ‘ngorat’ atau ‘menggatal’ dengan suami saya pun, saya lebih kenal mereka dan suami macam mana," katanya.

pengantin , kahwin , bridesmaid

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini