suria

“Hang tunggu sat!” - Angkut 3 handbag sumbat dalam baju, tali beg tangan pink isteri 'bongkar' misi lelaki baju merah

Rakaman lelaki yang disyaki mencuri tiga buah beg tangan di Yawata, Jitra Kedah pada Sabtu.

KELIBAT seorang lelaki berbaju merah yang mundar-mandir di tepi jalan rupa-rupanya ada kaitan dengan satu misi tersembunyi.

Pada hari itu jugalah seorang peniaga bazar berdepan nasib malang apabila tiga beg tangan yang ditinggalkan dalam sebuah kereta lesap hanya sekelip mata.

Lebih malang lagi, kunci kereta yang enjinnya masih hidup itu diletakkan di dalam salah sebuah beg tangan yang dicuri.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Pencuri' Mengaku Hidup Susah Sebelum Ditawar Kerja Di Tesco

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih kerana tak tumbuk saya” - Harvinth Skin terkejut video viral seluruh dunia

Berkongsi insiden yang berlaku di Yawata, Jitra, Kedah pada pagi Sabtu, Mohd Rozaini Khazali, 36 memberitahu isterinya ketika itu sedang memunggah barang-barang ke dalam kereta.

“Kereta diberhentikan di tepi jalan di belakang khemah bazar. Ketika itu enjin tidak dimatikan. Sebelum itu memang ada nampak seorang lelaki dekat situ.

Perkongsian mengenai insiden curi beg tangan yang dimuat naik di Facebook pada Sabtu.

“Hanya beberapa minit dia tinggalkan kereta, semuanya lesap. Dia menyedari semua beg tangan hilang ketika masuk ke kereta dan ingin bergerak ke tempat jualan Mood Republik di Jitra,” katanya ketika dihubungi mStar.

Rozaini berkata, kesemua barangan berharga hilang dan hasil pemeriksaan rakaman kamera yang dipasang dalam kereta menunjukkan ia dicuri oleh lelaki berbaju merah itu.

Katanya, wang tunai RM600 untuk berniaga, lesen memandu, kad pengenalan dan kunci kereta yang berada dalam beg tangan isterinya hilang selain dua beg milik pekerja yang juga pelajar IPT termasuk kad pelajar mereka.

“Kami melihat kembali rakaman tersebut dan nampak lelaki itu menyembunyikan semua beg yang diambil di dalam bajunya.

“Saya nampak tali beg tangan pink milik isteri ketika dia cuba masukkan dalam bajunya,” katanya yang telah membuat laporan polis.

Rozaini berkata, insiden itu menyusahkannya kerana kereta yang digunakan setiap hari itu menggunakan kunci yang ada dalam beg yang dibawa lari lelaki berkenaan.


“Kereta tu guna butang automatik. Semua kunci utama ada dalam dalam beg tu. Kalau nak buat yang baharu memang mahal.

“Jadi terpaksa meminta ahli keluarga di Baling menghantar kunci pendua ke sini (Jitra),” katanya.

Rozaini memberitahu, setakat ini dia belum mendapat maklumat mengenai lelaki tersebut.

“Adik ipar saya sudah viralkan rakaman lelaki itu. Harap-harap lepas ni pihak berkuasa dapat menahannya,” ujarnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
curi, beg tangan, Jitra

Artikel Lain