“Cikgu-cikgu pun teruja tengok” - Ramai kagum budak umur 13 tahun power ‘goreng’ gitar, tapi beyblade tak tinggal

Walau baru berusia 13 tahun, Muhammad Haziq sudah mampu bermain dua jenis gitar, kapok dan elektrik.

KETIKA kanak-kanak lain sedang leka bermain gajet pada usia muda, masih ada segelintir dalam kalangan mereka menunjukkan minat terhadap alat muzik.

Itulah yang ditunjukkan oleh Muhammad Haziq yang lebih gemar berdamping dengan gitar, bukan setakat gitar biasa sahaja,tetapi juga mampu bermain gitar jenis elektrik.

Abang kepada Muhammad Haziq, Muhammad Syahfiq Mishar, 22, ketika dihubungi mStar berkata adik bongsunya yang baru berusia 13 tahun itu mula belajar bermain gitar ketika di sekolah rendah.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Terkejut orang Korea tengok gadis Malaysia busking di Seoul, "dia terpegun dan kata daebak'.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai yang 'gila', ada ulang dengar sampai 100 kali! 'Bro suara radio' tak mahu hanya jadi penghibur di beranda 

"Adik saya mula belajar main gitar sejak umurnya 10 tahun dan kebiasaannya abang kedua kami yang akan ajar dia main gitar.

Haziq mula bermain gitar sejak di bangku sekolah.

"Baru-baru ini, Haziq mainkan lagu Hotel California guna gitar jenis elektrik untuk majlis sambutan Hari Guru di sekolah sampai cikgu-cikgu pun teruja tengok kebolehan adik saya.

"Kalau dibandingkan dengan kawan-kawan lain, dia seorang sahaja yang pandai main gitar walaupun sebenarnya dia ni pun macam budak-budak lain juga yang jenis suka main bola sepak dan gasing moden 'beyblade'," ujar Muhammad Syahfiq yang kini menetap di Ara Damansara bersama keluarganya.

Selain itu, Muhammad Haziq juga sering memetik gitar pemberian ibu dan ayahnya itu pada waktu lapang dengan memainkan pelbagai genre muzik mengikut pilihannya.

Muhammad Syahfiq berkongsi bakat adiknya itu di Twitter.

Lagu AloneHotel California dan The Final Countdown antara lagu-lagu yang pernah dimainkan oleh Muhammad Haziq dan mendapat pujian di laman sosial.

Selain mempunyai kebolehan bermain alat muzik gitar, Muhammad Syahfiq turut memberitahu adik bongsunya itu juga mempunyai kebolehan menyanyi dengan baik.

"Dia pun pandai nyanyi dan suara dia boleh tahan sedap juga.

"Tetapi minat dia lebih kepada belajar bermain dua jenis gitar, kapok dan elektrik," kata Muhammad Syahfiq yang kini membantu keluarga menjalankan perniagaan.

Muhammad Syahfiq berkongsi video adiknya bermain gitar sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di laman Twitter.

Kalau dibandingkan dengan kawan-kawan lain, dia seorang sahaja yang pandai main gitar walaupun sebenarnya dia ni pun macam budak-budak lain juga yang jenis suka main bola sepak dan gasing moden 'beyblade'.

MUHAMMAD SYAHFIQ

"Saya terkejut selepas video adik saya jadi viral sebab saya sengaja post sekadar suka-suka.

"Ramai juga yang memberi sokongan dan ada yang teruja dengan kebolehan Haziq, terima kasih yang memberi kata-kata semangat buat adik saya," katanya.

Video berdurasi 35 saat itu mendapat 103,000 tontonan dan diulang kicau sebanyak 3,535 serta 4,304 tanda suka.

gitar, remaja, bakat, Alan Walker

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain