suria

Kena ‘game’ dengan bekas pesakit kanser, scammer kurang cerdik hanya dapat RM1 dalam akaun

Paparan skrin perbualan antara scammer yang menyamar sebagai Nora dengan salah seorang rakannya.

SIAPA yang tidak terkejut seandainya ada pihak yang sanggup mencuri identiti kita untuk melakukan penyamaran bagi tujuan jenayah.

Begitulah yang berlaku terhadap seorang wanita apabila ada individu tidak dikenali menyamar menjadi dirinya dengan menggunakan gambar wajahnya di aplikasi WhatsApp.

Menerusi kejadian pada minggu lalu, scammer berkenaan bertindak menghantar mesej kepada kenalan wanita itu, kononnya dia mahu meminjam sejumlah wang.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak bagi amaran hal diperdaya 'scammer', tapi dikecam netizen pula
ARTIKEL BERKAITAN: 
“Akaun penipu ditutup dalam masa 24 jam” - Shopee berterima kasih pelanggan bongkar penipuan

Kisah yang menimpa Nora Md Yusof, 55, ditularkan di laman Twitter oleh anaknya, Hazim Hadi.

Bercakap kepada mStar, Nora yang juga pengusaha restoran di Bandar Baru Bangi, Selangor, mengakui terkejut saat dimaklumkan mengenai hal itu.

"Memang terkejut beruk masa dapat tahu. Aunty ada kenal seorang profesor ni. Dia ada dua orang staff. Jadi scammer tu hantar mesej kepada staf berkenaan.

"Mereka tak percaya, terus hubungi saya. Saya suruh dia layan mesej tu untuk dapatkan nombor akaun bank.

"Dia bagi nombor akaun daftar atas nama seorang lelaki Melayu. Bila kawan aunty tanya, dia cakap tu akaun bank anak saudara. Nak pinjam duit untuk baiki laptop," katanya sewaktu dihubungi pada Sabtu.

Rasa dianiaya dan dimalukan pula. Tapi scammer tu salah pilih orang. Kalau nak pinjam RM3 juta logiklah, RM300 nak buat apa?

NORA MD YUSOF


Untuk mendapatkan kepastian, anak Nora membuat pemindahan wang berjumlah RM1 untuk melihat nama pemilik akaun bank berkenaan.

Susulan itu, Nora yang risau dengan kejadian berkenaan telah membuat laporan polis pada Ahad.

Selain terkejut, Nora juga mengakui terkilan dan berasa dirinya dianiaya individu berkenaan yang menyamar sebagai dirinya.

"Gambar yang dia pakai untuk menyamar tu gambar lama dari Telegram dan Facebook. Aunty ni bekas pesakit kanser. Satu hari fikir pasal benda ni, dah la doktor cakap aunty tak boleh stress.


Paparan skrin perbualan WhatsApp antara scammer yang menyamar sebagai Nora dengan salah seorang kenalannya yang hampir menjadi mangsa penipuan.

"Rasa dianiaya dan dimalukan pula. Tapi scammer tu salah pilih orang. Kalau nak pinjam RM3 juta logiklah, RM300 nak buat apa?" katanya lagi.

Mengulas peristiwa pada Khamis lalu, Nora berkata dia sedang bercuti di Labuan, Sabah saat dimaklumkan mengenai hal itu,

Dalam pada itu, anak Nora, Hazim Hadi berkata, dia mendedahkan perkara itu di Twitter bagi memberi maklumat kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan penipuan berkenaan.

Malah katanya, dia juga risau dan terkejut memandangkan ia pertama kali berlaku dalam keluarganya.

"Scammer ni pakai nombor random, letak gambar mak saya. Dia macam dah buat kajian awal-awal lagi.

"Memang takut, boleh tercemar nama kalau betul ada yang terpedaya bagi duit," kata Hazim Hadi lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Nora Md Yusof, Hazim Hadi, scammer

Artikel Lain