suria

Menyayat hati! Majikan, anak perempuannya menangis teresak-esak berpisah dengan pengasuh

Ikatan kekeluargaan jelas dapat dilihat antara pengasuh (kanan) dan keluarga majikannya.

TULAR sebuah video menyayat hati menunjukkan saat seorang majikan dan keluarganya terpaksa berpisah dengan pembantu rumah warga asingnya di lapangan terbang.

Video itu, yang dikongsi oleh laman Facebook berbahasa Cina, Kuching Talk, menunjukkan seorang pengasuh dipercayai dari Filipina, mengucapkan selamat tinggal kepada majikannya sekeluarga.

Mereka dilihat tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata, sekali gus menyentuh emosi netizen.

Paling menyentuh perasaan apabila kanak-kanak perempuan itu memegang erat pengasuh berkenaan sambil menangis teresak-esak dan dilihat enggan melepaskannya pergi.

Paparan skrin klip video tular yang membuatkan ramai netizen sebak.

Pengasuh tersebut turut menangis dan memujuk lembut kanak-kanak berkenaan. Ibu kanak-kanak itu juga cuba memujuknya walaupun dia sendiri turut menangis.

Klip menyentuh hati itu tular di seluruh dunia apabila ditonton lebih satu juta kali dan menerima lebih 14,000 reaksi di Facebook sejak ia dimuat naik.

"Apabila anda melayan seseorang dari hati yang ikhlas, anda akan mendapat balasan dari hati yang tulus ikhlas juga," kata seorang pengguna Facebook.

Netizen Lee Ling Phang menulis: "Sangat rapat dengan pembantu rumah. Suka lihat majikan melayan pembantu rumah mereka seperti ahli keluarga sendiri walaupun ada yang menganiaya mereka," tulisnya, merujuk kepada laporan bahawa kebanyakan pembantu rumah asing berdepan penyalahgunaan di bawah majikan.

Jenna Harris, seorang warga Filipina yang kini bekerja di Hong Kong berkongsi apa yang dilakukannya untuk mengelak daripada membuatkan anak majikannya bersedih.

"Itulah sebabnya setiap kali saya pulang ke rumah untuk bercuti, saya lebih suka memilih untuk meninggalkan rumah majikan pada awal pagi ketika anak-anaknya masih tidur, jadi mereka tak dapat lihat saya pergi."

Seorang lagi netizen, Karen Ho, berpandangan bahawa mungkin 'kakak' dalam video tersebut sangat baik orangnya.

"Kakak pasti telah menjaga anak kecil ini dengan baik, jika tidak dia tidak akan begitu sedih." -dailypedia

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
pengasuh, menangis, Filipina

Artikel Lain