“Dia tanya kenapa buat dia macam ni?” - Komplot berjaya, gadis buat pakwe 'ketagih' PUBG menangis - Viral | mStar

“Dia tanya kenapa buat dia macam ni?” - Komplot berjaya, gadis buat pakwe 'ketagih' PUBG menangis

POPULARITI permainan PUBG di Malaysia tidak perlu dipertikaikan lagi apabila ia kini menjadi satu fenomena khususnya dalam kalangan anak muda.

Terbaharu, kisah seorang gadis yang menghadiahkan set komputer buat teman lelakinya yang meminati permainan itu menjadi tular di laman Twitter.

Menurut Nur Diana Roselan, dia membuat kejutan itu sempena hari lahir jejaka itu serta mahu berkongsi rezeki dengannya.

Diana bersama Nasreesyafiq.

“Saya terfikir nak bagi PS4 atau set komputer (PC) sewaktu hari lahir dia November lalu.

“Dulu masa zaman belajar, dia suka pergi kafe siber untuk main PUBG dengan kawan. Sekarang dia main PUBG 'mobile'.

“Dia kalau boleh tak nak susahkan saya, dia nak beli sendiri. Tapi ada rezeki lebih, saya belikan, tak nak lah usik duit dia,” ujar Diana sewaktu dihubungi mStar Online.

Set PC tersebut yang berharga sekitar RM2,500.

Menurut Diana, dia dan teman lelakinya, Nasreesyafiq Nasiruddin, yang masing-masing berusia 22 tahun mula berkenalan lima tahun lalu dan pernah belajar bersama di sebuah kolej di Shah Alam, Selangor.

Hasil ‘komplot’ Diana bersama rakan Nasreesyafiq, dia berjaya membuat kejutan memberikan set PC berharga RM2,500 itu pada Jumaat lalu.

“Dia sangat terharu hingga menangis sewaktu saya buat kejutan tu.

“Dia tanya kenapa buat dia macam ni? Dia sebenarnya seorang yang simple, tak tunjuk sweet, tapi dia sangat berterima kasih.

“Pada saya, pemberian tu tak ternilai dengan apa yang dia dah bagi dan lakukan untuk saya sepanjang kami kenal,” katanya lagi.

Paparan skrin posting Diana yang tular di Twitter.

Dalam pada itu, tweet yang dikongsi Diana mengenai pemberian tersebut menjadi tular sehingga menerima hampir 2,000 ulang kicau (retweet).

Beberapa pelayar Twitter turut berjenaka di ruangan balas tweet tersebut, mengharapkan pasangan mereka agar membuat kejutan serupa.

Permainan PUBG yang semakin digilai ramai.

Untuk rekod, permainan PUBG atau PlayerUnknown’s Battlegroud dihasilkan oleh PUBG Corporation, anak syarikat kepada gergasi permainan video Korea Selatan, Bluehole.

Selain komputer, PUBG juga boleh dimainkan menerusi telefon pintar (Android dan iOS), XBox dan PlayStation.

PUBG , Nur Diana , Nasreesyafiq , hadiah , rezeki

Artikel Lain