"Cerita belum habis kau pergi dulu..." - Pelajar terduduk hilang hero drama, gurauan 'dah meninggal ke' beri petunjuk

Naja bersama arwah ketika menjalani latihan drama pendek sekolahnya. Foto kredit: Naja Zul

GURAUAN 'sudah meninggal ke?' rupa-rupanya menjadi realiti yang membuatkan seorang gadis sehingga kini tidak dapat melupakan pemergian kawan baiknya.

Menurut Naja Nafisah Zulkeflee, 18, yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , kehilangan seorang rakan sekolah lelakinya, Aiman Hakimi masih dianggap sebagai satu mimpi.

"Kami semua memang tidak menyangka dia pergi terlalu awal. Saya dan arwah serta dua lagi rakan sekolah memang rapat. Lebih-lebih lagi kami sedang menyiapkan sebuah projek drama pendek.

"Saya dan arwah memegang watak utama. Dan kini semuanya sudah hilang," ceritanya kepada mStar Online.

Naja berkongsi perasaan sedih di laman Twitternya.


Mengimbas kembali kenangan bersama arwah, Naja Nafisah yang lebih mesra disapa Naja memberitahu mereka sudah berkawan sejak Tingkatan 1 di sebuah sekolah di Parit Sulong, Johor.

"Tetapi hubungan kami agak renggang sehinggalah masuk Tingkatan 4. Tahun lepas kami kembali berkawan baik.

"Arwah seorang yang 'happy go lucky', banyak cakap.  Tetapi sejak Disember lalu perangainya berubah menjadi pendiam.

"Dalam kumpulan WhatsApp sekolah pun dia tidak banyak bersuara sehingga cikgu bertanya sama ada dia 'dah meninggal ke'. Ketika itu dia ada jawab 'ada lagi cikgu'.

"Dalam 'group' ini kami memang selalu bergurau," jelasnya.

Naja turut memuat naik gambar kenangan ketika menjalani latihan filem pendek sekolah bersama arwah (kanan).

Menurut Naja, tanggal 27 Januari lalu tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

"Arwah meninggal dunia dilanggar sebuah kenderaan. Pada malam kejadian, selepas Maghrib dia dalam perjalanan menaiki sebuah motosikal ke kedai gunting rambut.

"Kebetulan ketika itu saya berada dekat dengan tempat kejadian dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Sebaik sahaja dapat berita dia meninggal dunia, saya memang terduduk, tidak mampu nak cakap apa-apa. Semuanya berlaku sangat pantas. Sehingga hari ini, masih lagi terbayang-bayang kerenahnya suka menyakat.

"Walaupun sedih, saya reda dengan pemergiannya. Ibu bapa saya juga turut memberi nasihat kepada saya untuk bersabar.

"Mengenai projek sekolah pula, cikgu belum putuskan sama ada untuk teruskan atau tidak," jelas anak bongsu daripada dua orang adik beradik ini.

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain