suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perintah berkurung remaja bawah umur 18 tahun lepas pukul 8 malam tidak benar

Dr Wan Azizah berkata kerajaan akan mempertimbangkan secara serius cadangan perintah berkurung. - Foto Bernama

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada Isnin menjelaskan pihaknya tidak mengeluarkan sebarang arahan berkaitan perintah berkurung remaja di bawah umur 18 tahun.

Merujuk kepada mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, kementerian itu meminta orang ramai untuk membuat semakan sebelum menyebarkan sesuatu perkara.

Menerusi perkongsian di laman Twitter dan Facebook, KPWKM memuat naik ‘tangkap skrin' mesej tular itu yang berbunyi: “Mulai malam ini (berkuat kuasa serta-merta) adik-adik di bawah umur 18 tahun (13-16) tidak dibenarkan berada di luar kawasan rumah melebihi jam 10 malam, manakala yang berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan berada di luar dari kawasan rumah melebihi jam 8 malam kecuali hal yang tidak dapat dielakkan. - Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat.” 

Sehubungan itu, KPWKM memohon agar semua pihak tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan sedang mempertimbangkan secara serius cadangan mengadakan perintah berkurung bagi remaja di bawah 18 tahun bagi mengelakkan mereka terlibat dalam gejala dadah, seperti yang dilaksanakan di Iceland. - Bernama

perintah berkurung

Artikel Lain