Separuh roti dah dimakan, tapi rupa-rupanya berintikan ulat! - Viral | mStar

Separuh roti dah dimakan, tapi rupa-rupanya berintikan ulat!

PETALING JAYA: "Geli, loya sampaikan rasa nak termuntah masa tengok video sebuku roti 'berinti' ulat."

Luqman atau lebih dikenali Loki, menceritakan mengenai klip video yang diterimanya menerusi aplikasi WhatsApp dan dikongsi di laman sosial.

"Memang saya terkejut tengok klip video itu. Sebuku roti yang separuhnya sudah dimakan dan lebih menggelikan apabila ulat-ulat dalam roti itu masih sangat aktif," katanya kepada mStar Online.

Netizen turut berkongsi komen di Twitter mengenai roti berulat.

Jelas pemuda berusia 21 tahun itu, bagaimanapun selepas mencari sumber video itu, Loki lega kerana pengeluarnya bukan dari Malaysia.

"Roti itu bukan dijual di Malaysia. Berdasarkan klip video ia mungkin berlaku di Indonesia.

"Di mana sahaja pun insiden itu berlaku, roti yang telah lama tidak patut dijual.

"Memang sangat geli dan seperti nak muntah tengok isi roti itu," tambah Loki yang berharap kejadian seperti ini tidak berlaku di Malaysia.

"Kalau nak makan jenis roti yang ada inti, periksa dulu," jelasnya.

Roti ulat