suria

[V] Wanita susah payah meniarap ‘rembat’ parcel, pemilik anggap tak berbaloi

Aksi seorang wanita mencuri parcel di sebuah apartment di Putrajaya. -Gambar media sosial

SEORANG wanita sanggup merangkak dan meniarap semata-mata ingin mencuri bungkusan (parcel) penduduk di sebuah apartment di Putrajaya pada Rabu.

Menerusi perkongsian video di TikTok [Tonton Video], wanita tersebut pada mulanya merangkak untuk cuba mendapatkan bungkusan di hadapan sebuah rumah.

Namun, disebabkan gagal dia kemudian bertindak meniarap sebelum berjaya mengeluarkan bungkusan tersebut menerusi jeriji pintu. 

Menurut pemilik video yang dikenali sebagai Hana, kejadian sekitar pukul 3 petang itu berlaku ketika penduduk keluar bekerja.

"Mula rasa marah bila parcel hilang. Tapi bila tengok video ni, bersungguh kau kak.

"Tak berbaloi pula isi parcel yang dicuri, gel untuk ulcer mulut je pun," katanya.

Tambah Hana, dia tidak mengenali wanita tersebut dan dipercayai bukan penduduk apartment tempat tinggalnya.

"Bukan jiran, kami tak kenal dan tak pernah nampak di kawasan sekitar pun. Mungkin orang luar kawasan," katanya.

Sementara itu, warga maya menyarankan wanita tersebut meletakkan bungkusan palsu bagi mengajar pencuri selepas ini.

"Buat parcel tiruan sis, saya letak pampers anak siap ada tahi. Puas hati parcel bila hilang.

"Letak parcel tiruan yang boleh meletop dengan ada serbuk berwarna. Memang habis baju, muka semua. Puas hati," antara komen netizen.

Artikel Lain