SEORANG wanita berusia 31 tahun meninggal dunia selepas dilanggar sebuah lori ketika sedang menukar tayar kenderaan SUV miliknya di lorong kecemasan di KM260.6 Lebuhraya Utara–Selatan (NSE) pada Rabu pagi.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman, berkata mangsa dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja di Senawang, Negeri Sembilan.
Kaejadian berlaku pada pukul 9.20 pagi.
"Berdasarkan siasatan awal, tayar belakang kenderaan mangsa pancit lalu dia berhenti di lorong kecemasan untuk menukar tayar.
"Semasa menukar tayar, sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 24 tahun melanggar mangsa," katanya sambil menambah mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas tuduhan menyebabkan kematian oleh pemanduan cuai atau berbahaya.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019-4611794 atau mana-mana balai polis berhampiran. -The Star


